Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Sunday 4 March 2007

Sa'd ibn Abi Waqas

Dalam usia belasan tahun, cahaya islam mula menyinar di sekeliling Sa’d bin Abi Waqas. Menerima hidayah dari Allah untuk memeluk islam pada usia seawal 17 tahun dan menjadi antara yang terawal untuk mengangkat kalimah syahadah di depan rasulullah. Meskipun masih muda, Sa’d merupakan saudara lelaki1 kepada ibu Rasulullah (saw) iaitu Aminah . Sa’d mendapat ajaran islam di rumah Arqaam, salah satu sahabat Rasulullah (saw) pada awalnya kerana mendapat tekanan dari pihak Quraish. Tentangan yang paling dirasai oleh Sa’d adalah dari ibunya sendiri. Apabila mendapat khabar berita bahawa anaknya, Sa’d telah memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad (saw), ibunya menjadi tidak tentu. Dia mengugut Sa’d bahawa dia akan berlapar selama yang mungkin selagi Sa’d tidak kembali kepada agama nenek moyang mereka. “Demi Allah, tidak akan aku makan dan minum sehingga aku mati selagi engkau tidak tinggalkan agama baru engkau itu. Dan engkau akan menyesal pada hari itu dan orang lain akan menyalahkan kamu selamanya” Ini merupakan antara isi-isi ugutan ibu kepada Sa’d. Sa’d meminta ibunya supaya janganlah begitu kerana tiada apa yang boleh mngubah imannya kepada Allah, namun ibunya enggan. Walaupun kasih sayangnya terhadap ibunya memang tiada tolok bandingannya, namun kasih sayangnya dan cintanya kepada Allah Yang Satu dan rasulullah mengikat teguh perndiriannya untuk berpegang kepada islam.


Dari segi perwatakkan Sa’d bin Abi Waqas, beliau merupakan seorang yang baik hati dan mempunyai jiwa yang lembut(sensitif) biarpun dari segi fizikalnya dia berbadan tegap. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang pernah mendengar khabar baik dari junjungan mulia, Rasulullah(saw) bahawa akan ada tempat di syurga untuknya. Dan diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdo’a kepada Allah (SWT) supaya menjawab segala permintaan Sa’d dan supaya panahan busarnya akan kena pada tujunya. Ini merupakan kualiti penting yang ada pada Sa’d yang di pandang tinggi oleh para sahabat yang lain. Sa’d pernah menjadi komander di dalam banyak peperangan yang berlaku di antara orang islam menentang orang kafir.

Antara kejadian awal di mana Sa’d mula menujukkan kesetiaannya kepada islam berlaku di mana Sa’d dan sahabat yang lain sedang beribadah di tempat yang tersembunyi daripada pandangan pihak Quraish. Namun, datang pula mereka yang masih kafir dan mengejek-ngejek Sa’d dan sahabat yang lain. Kerana perasaan kasihnya terhadap islam, Sa’d lantas mengambil seketul tulang unta dan baling sekuat hatinya ke arah salah seorang dari mereka dan terkena tepat pada dahi budak itu menyebabkan darah terpecik keluar. Ketakutan dan kecuakan melanda mereka sehingga mereka berlanggar-langgar antara satu sama sendiri untuk melarikan diri.

Perang Uhud merupakan perang di mana kehebatan beliau di dalam medan perang terserlah. Di dalam perang tersebut, ada salah seorang dari pihak musuh sedang menyebarkan perasaan takut dalam tentera muslim. Rasulullah segera menyuruh Sa’d memanah ke arah musuh itu, namun panahnya sudah habis. Memikirkan bahawa kata-kata Rasulullah perlu dituruti, beliau lantas mencari panah-panah yang bertebaran di tanah. Kebanyakkan sudah rosak dan patah. Sa’d mengambil salah satu panah yang sudah patah belakangya dan menujukan panahnya itu kepada musuh tadi. Panah itu terus sahaja tepat terkena pada dahi musuh dan dia mati begitu sahaja. Melihatkan kejadian itu, lantas Sa’d mengambil panah yang lain dan menujukan ia ke arah tentera dari pihak lawan, dan sekali lagi mengenai tepat pada lehernya, memutuskan leher musuhnya itu. Sa’d juga pernah menjadi orang penting dalam peperangan lain seperti perang Badar, Qadisiyah, perang yang berlaku di Madyan, di Perisa, Koofa dan lain-lain lagi.

Dalam kualiti kedua Sa’d bin Abi Waqas, antara kejadian yang membenarkan kata-kata Rasulullah mengenai Sa’d berlaku di suatu hari2. Sa’d mendengar ada seorang lelaki sedang mengatakan perkara-perkara yang tidak elok mnegenai ‘Ali,Talhah dan Zubair (r.anhum). Sa’d tidak suka apabila ada yang mengatakan yang tidak elok kepada sahabat-sahabat seislamnya yang tinggi budi perkerti mereka. Jadi beliau menyuruh lelaki itu memberhentikan kata-katanya, namun apabila lelaki itu enggan, Sa’d berkata jika dia enggan menghentikan kata-kata yang tidak elok itu, akan Sa’d berdo’a kepada Allah. Lalu Sa’d berdo’a apabila lelaki itu tidak endah kepada ugutan Sa’d.

“ O Allah, you know that this man is abusing men of purity, with whom You Yourself are Pleased because of their gopdness. Surely You will not approve of these abuses. May this man be a lesson for such other men”.

Dalam sekelip mata sahaja, ada seekor untua betina sedang belari dari rumahnya dengan ikatan di leher yang menambatkannya dan kelihatan seperti mencari-cari seseorang. Apabila dilihat sekali lagi, sudah ada kepala seseorang di dalam mulutnya, dan ia milik lelaki yang dituju oleh Sa’d dalam do’anya. Ini jelas membuktikan Allah sentiasa menjawab do’a dan permintaan Sa’d seperti yang telah diminta oleh Rasulullah kepada Allah di dalam do’anya.

Terlalu banyak yang hendak dikisahkan tentang kehidupan Sa’d bin Abi Waqas di samping Rasululllah (saw). Banyak kualiti yang ada pada diri Sa’d yang boleh kita ambil untuk praktikkan dalam diri. Dikatakan, setiap kali Rasulullah menyebarkan ayat-ayat Quran yang baru sahaja diturunkan, setiap kali itu juga akan bergenang air mata Sa’d. Walaupun beliau gagah di medan perang, hati beliau lembut apabila berbicara dengan orang lain, hatinya tabah menghadapi tekanan pihak Quraish, jiwanya sensitif akan kehidupan orang lain.


Futher recomanded reading to know more about Sa’d Abi Waqas and other companions:

The sealed Nectar by Safiur-Rahman Al Mubarakpun

Commanders of the Muslim Army by Mahmood Ahmad Ghadanfar

Those promised Paradise by Noura Durkee


1 Sa’d adalah dari golongan Bani Zuhrah, yang merupakan golongan Aminah berasal. Rasulullah sendiri

suka untuk mengabarkan kepada yang lain bahawa Sa’d adalah pakciknya

2 Diriwayatkan oleh anak Sa’d sendiri





No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors