Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Monday 25 December 2006

Siapakah Abu Ayyub??

Nama sebenar beliau ialah Khalid Ibn Sa’id. Namun, beliau lebih dikenali sebagai Abu Ayyub. Ketika berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah bermalam di rumah Abu Ayyub setelah sampinya baginda di Madinah.

Kita semua sedia maklum bahawa orang-orang ansar menyambut meriah kedatangan muhajirin ke Madinah. Semasa Rasulullah SAW tiba di Madinah, semua orang-orang Ansar mengerumuni baginda untuk mengajak baginda bermalam di rumah masing-masing. Masing-masing memegang tali kekang unta Rasulullah sambil mempelawa baginda ke rumah mereka. Tetapi Rasulullah kemudian menjawab “Biarkan sahaja binatang ini, dia mengikt perintah”. Maka unta Rasullah pun berjalan di jalan dan lorong di Madinah sehingga akhirnya unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Hal ini membuat semua orang mengarahkan pandangan mata kepadanya. Kehormatan semacam itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar. serta merta, Abu Ayyub menjemput dan mempersilakan baginda ke rumahnya. Sambutan yang meriah ditunjukkan oleh pihak Madinah mengambarkan betapa cintanya dan sayang mereka kepada Nabi.

Kemudian Abu Ayyub mempelawa Rasulullah untuk tidur di bilik atas kerana awal-awal lagi beliau telah menyiapkan bilik di bahagian atas untuk Rasulullah. Namun Rasulullah menolak dengan lembut. Baginda lebih senang berada di bilik bawah.

Maka Abu Ayyub dan isterinya tidur di bilik atas. Bilik itu benar-benar di atas bilik Rasulullah. Tetapi, lenanya tidak nyenyak. Abu Ayyub berkata kepada isternya “Celakalah kita. Apa yang telah kita lakukan ni?Rasulullah berada di bawah dan kita berada lebih tinggi dari Rasulullah. Malah kita berjalan-jalan di atas Rasulullah. Teruknya kita ni”. Maka Abu Ayyub dan isterinya berpindah ke bilik yang lain. Iaitu bilik yang tidak serenjang dengan bilik Rasulullah.

Pada paginya Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah “Demi tuhan, kami tidak dapat melelapkan mata sedikitpun”. “Kenapa wahai Abu Ayyub?” Rasulullah bertanya. Kemudian Abu Ayyub menceritakan betapa rasa bersalahnya beliau berada tinggi dari Rasulullah. kemudian Rasulllah berkata kepada Abu Ayyub “Janganlah kamu risau, aku senang berada di bawah kerana mudah untuk orang menziarah atau mahu berjumpa dengan aku” . Maka Abu Ayyub menurutkan kemahuan Rasulullah.

Pada suatu hari yang lain, Abu Ayyub memberitahu Rasulullah “Aku sebenar-benarnya tidak suka berada di atas mu” kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada Rasulullah suatu peristiwa “Pada suatu malam yang sejuk, sabekas air telah tumpah. Aku dan ibu ayyub memandang air itu. Kami Cuma ada satu kain sahaja yang digunakan sebagai selimut. Kami guna kain itu untuk mengelap air itu kerana bimbang air itu akn meresap ke bahgaian bawah dan menitis di atas Rasulullah.” Setelah itu, Rasulullah bersetuju untuk berpindah ke bahagian atas rumah Abu Ayyub.

Rasulullah tinggal di rumah Ab Ayyub selam tujuh bulan iaitu sehingga masjid dan rumah Baginda siap di bina. Masjid dan rumah baginda itu di bina di hadapan umah Abu Ayyub. Abu Ayyub sangat menyayangi Rasulullah dan begitu juga baginda. Sehingga Rasulullah menganggap rumah Abu Ayyub itu seperti rumah beliau sendiri. Buktinya:

Abu Bakr, may God be pleased with him, once left his house in the burning heat of the midday sun and went to the mosque. Umar saw him and asked, "Abu Bakr, what has brought you out at this hour? Abu Bakr said he had left his house because he was terribly hungry and Umar said that he had left his house for the same reason. The Prophet came up to them and asked, "What has brought the two of you out at this hour?" They told him and he said, "By Him in Whose hands is my soul, only hunger has caused me to come out also. But come with me."
They went to the house of Abu Ayyub al-Ansari. His wife opened the door and said, "Welcome to the Prophet and whoever is with him."
"Where is Abu Ayyub?" asked the Prophet. Abu Ayyub, who was working in a nearby palm grove, heard the Prophet's voice and came hurriedly.
"Welcome to the Prophet and whoever is with him," he said and went on "O Prophet of God, this is not the time that you usually come." (Abu Ayyub used to keep some food for the Prophet every day. When the Prophet did not come for it by a certain time, Abu Ayyub would give it to his family.) "You are right," the Prophet agreed.
Abu Ayyub went out and cut a cluster of dates in which there were ripe and halfripe dates. "I did not want you to eat this," said the Prophet. "Could you not have brought only the ripe dates?" "O Rasulullah, please eat from both the ripe dates (rutb) and the half ripe (busr). I shall slaughter an animal for you also. " "If you are going to, then do not kill one that gives milk," cautioned the Prophet. Abu Ayyub killed a young goat, cooked half and grilled the other half. He also asked his wife to bake, because she baked better he said.
When the food was ready, it was placed before the Prophet and his two companions. The Prophet took a piece of meat and placed it in a loaf and said, "Abu Ayyub, take this to Fatima. She has not tasted the like of this for days.
When they had eaten and were satisfied, the Prophet said reflectively: "Bread and meat and busr and rutb!" Tears began to flow from his eyes as he continued:
"This is a bountiful blessing about which you will be asked on the Day of judgment. If such comes your way, put your hands to it and say, Bismillah (In the name of God) and when you have finished say, Al hamdu lillah alladhee huwa ashbana wa anama alayna (Praise be to God Who has given us enough and Who has bestowed his bounty on us). This is best."
Abu Ayyub juga hebat dalam peperangan. Kebanyakan masa beliau di isi dengan menyertai peperangan sehingga ada kata-kata seperti “Abu Ayyub tidak pernah tidak menyertai peperangan semasa zaman Rasulullah sampailah ke zaman Muawiyah melainkan ada perkara penting yang terpaksa diuruskan”

Perang yang terakhir diikuti oleh Abu Ayyub ialah peperangan untuk menakluk kota Konstantinopel semasa zaman kerajaan Muawiyah. Ketika itu Abu Ayyub sudah mencecah umur 80 tahun. Namun ketika berperang, beliau jatuh sakit dan todak boleh berperang. Kemudian, Yazid iaitu panglima perang bertanya kepada Abu Ayyub “Apakah permintaan terakhir mu, Abu Ayyub?”. Kemudian Abu Ayyub bersuara “Sampikan salam ku kepada pasukan tentera. Suruhla mereka berjuang habis-habisan. Bawala mayat ku bersama. Sekiranya kota Konstantinopel berjaya di ditakluk, kebumikan aku di tepi kota itu”. Kemudian, Abu Ayyub menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tentera Islam berjaya menakluk kota Konstantinopel dan jenazah Abu Ayyub di kebumikan di situ.

Ok. Itulah kisah hidup Abu Ayyub. Banyak pengajaran yang boleh diambil kan??

Friday 22 December 2006

answers to answers?

salaam..
berikut merupakan jwpn to s previous post "answers?"

1. apa yg plg dekat dgn diri kita di dunia ini?--> Mati
2. apa yg plg jauh dr kita di dunia ini? --> Masa Lalu
3. apa yg plg besar di dunia ini? --> Nafsu
4. apa yg plg berat di dunia ini? --> Memegang Amanah
5. apa yg plg ringan di dunia ini? --> Meninggalkan Solat
6. apa yg plg tajam di dunia ini? --> Lidah Manusia

those were d answers given by imam ghazali to his pupils.
need any explanation on any of d answers?
rase2nya x yah kan..
nyway, give a minute or so to think bout it..
::peace::

Thursday 21 December 2006

Bila dua hati bersatu...

According to a research made by scientists today, it was found that when one heart cell was put by itself, it would beat weakly but when another heart cell was put near the cell, the presence of the other heart cells strengthen the beat of the heart cell and gradually both of them would beat at the same time, strengthening each other...

* * * * * * * * * * * * * * *

Bila dua hati bersatu
Dua hati satu jiwa
Satu kepercayaan
Satu keyakinan
Bahawa janji Allah itu pasti
Maka lahirlah kekuatan
Saat sahabat bersama Rasulullah
Lalu degupan hati menjadi satu
Degupan hati Rasulullah
yang sentiasa merindui Allah
dan menguatkan hati-hati yang lain
Dengan ikatan iman dua hati....

Wednesday 20 December 2006

Berfikirla

pada suatu pagi, ketika Bilal bin Rabah r.a. ke masjid untuk mengazankan solat subuh, dia mendapati Rasulullah sedang menangis. Bilal pun bertanya kepada Rasullullah mengapakah beliau sedih.
Jawab Rasulullah
"Ya Bilal.., pada mlm ini telah diturunkan wahyu kepada ku. Celakalah org yg membacanya tetapi tidak mahu memikirkannya. Firman Allah Ta'ala yg dimaksudkan ialah:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bg org2 yg berakal"
(al-Imran : 190)".

Live by the Name of Your God, ArRazzaq...

Assalamu'alaykum ya akhawati,

".. And We have provided therein means of subsistence,- for you and for those for whose sustenance ye are not responsible.." [Al Hijr :20]

Manusia belajar daripada pengalaman. Bagi sesetengah manusia, jalan yang dilalui terasa pahit, dan bagi yang lain masih terlalu banyak yang manis yang membuatnya terkadang tersenyum sendiri. MasyaAllah betapa bijaksana Allah yang Maha Pemberi Rezeki, atau dlm bahasa omputihnye Allah, The Superb Provider, who provides for His creatures everything that they need. Be it us human being, or the ants, or even our cats. Allah, di antara 99 namaNya, Ar-Razzaqlah yang memberi rezeki kepada semua makhluknya.

*********************************************************************************
Pengalaman menemani pekerja di Doon Reserve Caravan Park dan bekerja [dapatlah sehari keje, hehe] di ladang berry , The Big Berry, meninggalkan seribu satu kenangan yang memberi banyak pengajaran kalau direnungkan semula. Terkadang dalam sibuk mencari rezeki dan bagi tukang masak spt sy [sibuk melayan karenah driver dan menghalau lalat di kwsn campsite] kita sering terlupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita, sentiasa menguji kita, dan amalan kita sedang di catat oleh kawan yang kat bahu kanan dan kiri kita. Manusia terlalu mudah melupakan Allah, sedangkan sekiranya lebih 3-4 minit je Allah melupakan kita, habislah tiada lagi kita di dunia ini. Alangkah indahnya iman seseorang seperti Rasulullah yang setiap helaian nafasnya, sentiasa mengingati Allah sebagaimana dalam setiap helaian nafas kita ini, Allah tidak melupakan kita. [Kalau Allah lupe, tak bernafaslah kita] Kerana setiap kali sebelum jantung kita berdegup, ia meminta izin dari Allah dan sekiranya Allah memberikan keizinanNya, maka barulah ia berdegup...

Terkadang terfikir, cukupkah diri ini mengenali Allah?
Kenapa semasa solat masih ada ketika
kita tak dapat rasa kemanisannya memuji Allah?
Allah telah mengajarkan kita, asma ul husna, nama-namaNya yang Terbaik,
tapi adakah kita faham erti semua nama-nama Allah? Just some questions to ponder.

Allahu Razzaq is one of the Best Names Allah has, Ar-Razzaq which means, The One Who Provides, provides for us everything that we need and not only provides human but also every single creatures in the heaven and on the earth. Bayangkan kalau kita ade boss yang bagi gaji kat kita, dia bagi gaji utk kita je, tp die takkan naikkan gaji kita kalau kite mintak kat die utk sara kucing kite. Tapi Allah provides for all, you and your cats.

".. And We have provided therein means of subsistence,- for you and for those for whose sustenance ye are not responsible.." [Al Hijr :20]

Kenapa Allah dalam Al-Quran merujukNya sebagai ArRazzaq dan bukan ArRazziq? Even though Razzaq dan Razziq berasal dari kata akar yang sama tapi maksudnya berbeza. Razziq means to provide for some but to deprive the others. While Razaq means to provide for all people, tak kira yang beriman atau tidak, tapi Allahlah yang menyediakan rezeki untuknya.
Kita renungkan semula doa Nabi Ibrahim, dalam Surah al Baqarah:126,

".. Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian"

Nabi Ibrahim hanya berdoa untuk orang-orang yang beriman tetapi tidak untuk orang kafir.
Tetapi Allah menjawab;

"..kemudian Allah berfirman "Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara..."

Diriwayatkan Nabi Ibrahim selalu sediakan makanan untuk orang-orang yang singgah di Mekah, tapi satu hari ni sorang lelaki singgah, Nabi Ibrahim pun sediakanlah makanan untuk dia. Tapi bila Nabi Ibrahim nampak lelaki ni memuja api, Nabi Ibrahim pun halau dia sebab dia tak beriman. Lalu Allah berfirman, Wahai Ibrahim, satu jam pun kamu tak tahan nak bagi orang yang tak percaya Allah makan, tapi Allah memberi rezeki pd semua orang. Semua termasuk orang kafir dari zaman berzaman, beribu-ribu tahun yang lalu dan sehinggalah ke hari kiamat.

Allahu Razzaq, ArRazzaq juga bermaksud Yang menyediakan rezeki dan juga menjamin bahawa semua rezeki ni akan diberikan di dunia atau di syurga. The One Who provides "Rizq". Dalam bahasa Arab, Rizq juga menunjukkan maksud yang ia adalah perkara yang telah ditetapkan. Seperti juga perkahwinan, atau jodoh, rezeki, dan kematian adalah perkara yang di tetapkan. "Rizq" membawa maksud "ditetapkan" yang lebih luas. Jadi rezeki utk setiap kita telah pun ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Allah telah pun menetapkan sebanyak mana rezeki kita sebelum kita lahir dan Allah menjamin yang kita akan diberikan rezeki itu cuma kita tak tahu bila dan di mana dan macam mana. Tidak ada nyawa yang ditarik sebelum baginya Allah telah memberikan semua rezeki yang memang telah ditetapkan untuknya. Kerana Allah telah menjamin, bahawa Allah akan memberikan rezeki, semua rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Dan Allah menyediakan untuk semua orang dan dalam satu hadith qudsi Allah berfirman, sekiranya semua manusia dari zaman nabi adam hingga akhir zaman berkumpul dan meminta semua benda yang mereka mahu, dan Allah berikan kepada mereka, tapi Allah takkan kurang sedikitpun dan semua yang Allah spend utk memenuhi kehendak mereka itu diumpamakan hanyalah seperti air yang menitis dari sebatang jarum dimasukkan ke dalam lautan yang luas. Betapa kayaNya Allahu Razzaq. Bayangkan lautan yang luas yang meliputi lebih kurang 70% permukaan bumi sedangkan daratan hanyalah dalam 30%.

Saya percaya kebanyakan kita dan termasuk diri saya sendiri tahu bahawa Allahu Razzaq, Allah Maha Pemberi Rezeki, tetapi sejauh mana kita aware dengan sifat Allah, with the fact that all that we got, everything that we have comes from Allah? Sejauh mana kita betul-betul meletakkan keyakinan kita terhadap Allah yang akan memberikan kita rezeki tatkala syaitan membisikkan bicara kemiskinan ke dalam hati-hati kita? Syaitan sering menakut-nakutkan kita dengan kemiskinan dan kekurangan tetapi Allah menjanjikan rezeki yang telah ditetapkan.

"...Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikanmu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku tetapi cercalah dirimu sendiri.."[Ibrahim:22]

How do we live by the name of Allah, ArRazzaq? Allah telah menyediakan rezeki untuk kita tetapi Allah mahu kita berusaha untuk mendapatkan. Kerja keras. Sebagaimana Siti Hajar, yang berlari dari bukit Safa' hingga ke bukit Marwa sebanyak 7 kali. Dan dia yakin bahawa Allahu Razzaq yang memberi rezeki. Hinggalah Allah dalam satu riwayat mengirimkan malaikat Jibril untuk menggali telaga air zamzam di hujung kaki nabi Ismail yang kekal sehingga ke hari ini. Dan bekerjalah dengan keyakinan bahawa Allahu Razzaq sebagaimana yakinnya seorang hamba di suatu negeri yang dilanda kemarau yang dahsyat. Apabila seorang bertanya kepadanya bagaimana dia boleh tersenyum di saat semua orang merasa gelisah kerana kemarau yang melanda, dia berkata, "sesungguhnya tuanku adalah seorang yang sangat kaya raya". Dan janganlah mengeluh di atas sedikit kekurangan, ucapkanlah alhamdulillah, kerana Allah telah dan akan memberikan segalanya untuk kita, dan hulurkanlah pula pemberian...

Allahu'alam bissawab..

answers?

Salaam to all..
soalan2 ni pernah ditanya oleh imam ghazali kpd murid2nya

1: Apa yg plg dekat dgn diri kita di dunia ini ?

2: Apa yg plg jauh dr kita di dunia ini ?

3. Apa yg plg besar di dunia ini ?


4. Apa yg plg berat di dunia ini ?


5. Apa yg plg ringan di dunia ini ?


6. Apa yg plg tajam di dunia ini ?



Siape2 nk jawab silakan.
d answer given by imam ghazali will only be published klu ader org response tu d ques.. hehe
contributors, aktif la skit..huhu.. ^_^

nasihat

imam ghazali: one of the few nasihah Rasullullah saw to his ummah was :


"Tanda Allah SWT membenci seseorg hamba-Nya, dia akn sentiasa sibuk dgn perkara2 yg tiada kaitan dgn dirinya.Sesungguhnya, sesaat umur yg pergi tanpa digunakan dlm ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yg telah mencapai umur 40thn sedangkan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dgn kejahtan yg dilakukanya, maka bersedialah untuk ke neraka."


imam hassan al-banna:


"sesungguhnya org yg diberi nasihat hendaklah menerima semua itu dgn senang hati & ikhlas serta mengucapkn setinggi-tinggi terima kasih kpd org yg memberi teguran dgn sejujur-jujurnya"



(1001 fiqh nasihah,2006)

57:22

Narrated Inb ‘Abbas r.a: Once I was behind the Prophet s.a.w and he said: “O boy, I will teach you a few words:
(a) Be loyal and obedient to Allah [worship Him (Alone)], remember Him always, obey His Orders. He will save you from every evil and will take care of you in all the spheres of life.
(b) Be loyal and obedient to Allah, you will find Him near (in font of you) i.e. He will respond to your requests.
(c) If you ask, ask Allah.
(d) If you seek help, seek help from Allah.
(e) Know that if all the people get together in order to benefit you with something, they will not be able to benefit you in anything except what Allah has decreed for you. And if they all get together in order to harm you with something, they will not be able to harm you in anything except what Allah has decreed for you.

The pens have stopped writings [Divine (Allah’s) Preordainments]. And (the ink over) the papers (Book of Decrees) have dried.”

[This hadith is quoted in Sahih At-Tarmidhi].

Saturday 9 December 2006

2:17-19

Salam alaik...

"iwannagobacktomelb: who knows d story behind d relevation of the 2:17-18 versus of the Qur'an?"

info ni saye copy dari al-Quran digital version 2.1 (jumadil akhir 1425 @ august 2004)
http://www.alquran-digital.com

Surah 2: Al Baqarah (tafseer)

17. Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api[26], maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

[26]. Orang-orang munafik itu tidak dapat mengambil manfaat dari petunjuk-petunjuk yang datang dari Allah, karena sifat-sifat kemunafikkan yang bersemi dalam dada mereka. Keadaan mereka digambarkan Allah seperti dalam ayat tersebut di atas.

18. Mereka tuli, bisu dan buta[27], maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar),

[27]. Walaupun pancaindera mereka sehat mereka dipandang tuli, bisu dan buta oleh karena tidak dapat menerima kebenaran.

19. atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir,sebab takut akan mati[28]. Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir[29].

[28]. Keadaan orang-orang munafik itu, ketika mendengar ayat-ayat yang mengandung peringatan, adalah seperti orang yang ditimpa hujan lebat dan petir. Mereka menyumbat telinganya karena tidak sanggup mendengar peringatan-peringatan Al Quran itu.

[29]. Maksudnya pengetahuan dan kekuasaan Allah meliputi orang-orang kafir.

Dalam suatu riwayat dikemukakan, bahwa dua orang munafiq Madinah lari dari Rasulullah kepada kaum musyrikin. Di jalan ditimpa hujan (sebagaimana diterangkan dalam S. 2: 19, 20, bahwa hujan tersebut mengandung guruh yang dahsyat, petir dan kilat). Tiap kali ada petir mereka menutup telinganya dengan jari, karena takut memekakkan telinganya, dan mati karenanya. Apabila kilat bersinar, mereka berjalan. Dan apabila tiada sinar kilat, mereka tidak dapat melihat. Mereka kembali ke jalan semula untuk pulang dan menyesali perbuatan mereka dan keesokan harinya mereka menghadap kepada Rasulullah SAW menyerahkan diri masuk Islam dengan sebaik-baiknya. Allah mengumpamakan kejadian dua orang munafiq ini kepada kaum munafiqin lainnya yang ada di Madinah. Apabila menghadiri majlis Rasulullah SAW mereka menutup telinga dengan jarinya karena takut terkena oleh sabda Rasulullah SAW yang meneragnkan hal ihwal mereka sehingga terbongkarlah rahasianya, atau mereka jadi tunduk, karena terpikat hatinya.

Perbandingan antara kedua orang munafiq dengan munafiqin Madinah ialah:

1. Kedua orang munafiq menutup telinganya karena takut mendengar guruh yang memekakkan, dan apabila kilat bersinar mereka berjalan. Sedang kaum munafiqin Madinah menutup telinga karena takut terkena sabda Rasul. Akan tetapi di saat banyak harta, anak buah dan mendapat ghanimah atau kemenangan, mereka ikut serta dengan kaum Muslimin dan berkata: "Nyatalah sekarang benarnya agama Muhammad itu." Dan mereka merasa tentram.

2. Kedua orang munafiq apabila tiada cahaya kilat, mereka berhenti dan tertegun. Sedang kaum munafiqin Madinah apabila habis hartanya, anak buahnya dan terkena musibah, mereka berkata: "Inilah akibat agama Muhammad." Mereka kembali murtad dan kufur.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas, Murrah, Ibnu Mas'ud dan beberapa orang shahabat lainnya.)

Allahua'lam.

salah silap tolong btulkan (^.^)

Friday 8 December 2006

important events in d yr of Hijrah

::> kiblat change to Baitul Haraam which is Kaabah on 15th of Syaaban

::> compulsory of fasting in d month of Ramadhan (yeay!!)

::> Hari Raya ditetapan & compulsory of zakat fitrah & zakat harta


::> d famous perang Badar Kubra on 17th of Ramadhan


Thats it for now folk, stay tune for the next update =D

salam smua.. =)

Saturday 2 December 2006

A Beautiful Hadith

Rasulullah s.a.w said:
"When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded,that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and Nakeer (names of two special Angels), come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith" But the handsome man says, "He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into Paradise". Thereafter he turns to his dead companion and says,"I am the Qura'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice."Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief. When the interrogation is over, the handsome
man arranges forhim from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) a silk bedding filled with musk. Rasulullah s.a.w. said:"On the Day of Judgement, before Allah, no other intercessor will have a greater status than the Qura'an, neither a Prophet nor an angel."

Allahua'lam
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors