Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Wednesday 27 August 2008

..ta ~ta

setiap pertemuan, pasti akan temui perpisahan
dan setiap itu, pasti ada ragamnya
setiap yang dilalui, meninggalkan kesan buat diri
ragam manis mahupun masin tetap meninggalkan kesan di hati
pengertian dalam perjalanan hidup, membawa seribu makna
biarpun tidak lagi kan kerap bersua kan diri tetap mengenang akan ukhuwah yang dibina
smoga pertemuan yang terakhirnya akan kembali di pintu Darus-as Salam firdausi

Thursday 21 August 2008

:satu penantian:

ada suatu tika dahulu
dari jauh mereka menanti hadirnya ia ke sisi
biarpun baru berjumpa, namun rindu padanya tidak dapat berpisah jauh dari diri
seringkali berharap padaNya, agar diberi kesempatan waktu untuk kembali bertemunya

mengenang kembali kesungguhan mereka menanti kepulangannya
membawa seribu persoalan di kalbu sanubari
adakah kita juga seperti mereka, menunggu akan kedatangan ia
ataupun kehadirannya dulu hanya sekadar manjadi hanya tinggalan sejarah diri

suatu penantian yang ditunggu tidak lain dari penantian kehadiran bulan barakah, bulah rahmah Ilahi, yakni bulan ramadhan
dalam menggunakan sepenuhnya akan kerahmatan bulan ini,
di mana pintu-pintu taubat terbuka bagi segenap insan di dunia,
gerbang-gerbang syurga menanti akan kehadiran nama insan-insan baru yang akan mendiami tamannya
ruang masuk ke neraka jahanam ditutup rapat dan para gerak durjana dirantai
kehadiran lailatul qadar menjadi satu hadiah tersembunyi yang perlu berusaha untuk mencapainya..
apakah sudah kita bersedia menghadapinya?
apakah pula resolusi2 ramadhan kita pada kali ini?
adakah telah kita ambil iktibar pada resolusi ramadhan yang lepas?
terlalu banyak persoalan yang perlu diketengahkan dalam diri, adakah diriku telah bersedia kehadiran ramadhan kali ini?

harapnya kehadiran ramadhan kali ini, menjadi penantian buat diri semua mu'min-mu'min sejati di sini, insyaallah..

Friday 15 August 2008

rasul2

An-Nisa:
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (164) Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (165)


perkongsian

semalam tazkirah subuh rumah ana berkaitan dengan tajuk orang kaya yang bersyukur (rase2nyer la)..
menarik la satu hadis ni,
sebab x ingat exactly word by word pasal hadis tu, ana just sampaikan message matan hadis tu la ek..
--start of cerita dalam hadis--
pada zaman rasulullah tu, ada sekumpulan orang miskin time tu datang juper rasululullah. Pastu diorg ni mengadu la kat rasulullah, x adil la orang kaya tu boleh buat lebih banyak pahala dari diorang sebab diorang boleh bantu anak2 yatim, bagi makan kat orang2 miskin dll. Pastu rasululllah pun tanya, mahukan diorg kalau rasulullah bagi benda lain yang boleh bawak lebih byk pahala (or setimpal) dengan amal orang2 kaya tu. orang2 miskin tu mestilah nak.
Jadi rasulullah pun cakap, setiap kali lepas solat, jangan lupa untuk bertasbih,bertahmid, takbir sebanyak 33 kali (subhanallah, allhamdulillah, allahuakbar). Jadi pulanglah kumpulan orang miskin tu balik dengan hati yang berbunga. pastu several days later, diorg datang balik kepada rasulullah dan cakap, x adil la sebab bila orang2 kaya tu lihat diorang wat ape yang rasulullah suggest kat diorg wat, orang2 kaya tu pun ikut sama. Kira ganjaran pahala orang2 kaya tu 2 kali ganda la daripada diorang.
Rasulullah pun bagi tau yang kebaikkan untuk setiap individu tu Allah yang pilih dan tentukan..

--end of cerita berkait dalam isi hadis--


menarik la kan hadis ni. dah la dalam keheningan subuh pagi, time semua orang ngantuk2 nk dengar tazkirah, tapi bila dengar hadis ni, kalau x salah ana, semua yang dengar tersenyum kan..
Kiranya, adalah lebih baik menjadi orang kaya yang bersyukur dari orang miskin yang bersabar. To make it into a bigger context, setiap kelebihan yang Allah dah kurniakan tu (kaya,pandai,sihat,kebolehan bertutur..dll), sepatutnya kita guna ke arah perkara2 yang diredhaiNya dan sentiasa bersyukur padaNya kerana diberi kesempatan untuk mempergunakan kelebihan yang ada itu untuk beramal..
dan untuk menambahkan lagi timbangan belah kanan kita, marilah kita sama2 wat apa yang rasulullah nasihatkan.. i.e. bertasbih, bertahmid, takbir padaNya setiap kali lepas solat..

=)

Friday 1 August 2008

FITNESS DAY

Setelah berakhir satu semester.. Buat ana tertanya.. adakah hidup kita ini sihat?
Dalam 10 muwasafat menjadi seorang muslim, salah satunya adalah kuat tubuh badan dan juga berguna bagi orang lain. Jadi, to what extend kita boleh memenuhi kriteria2 menjadi seorang muslim ini kan? Mari sama-sama pergi untuk membuat medical health check pada Ahad ini (bersamaan 3 Ogos 2008)di Monash Recreational Sports Centre yang dianjurkan oleh FAMSY-Malaysian Division. Ajak kawan-kawan untuk turut serta hadir.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors