Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Tuesday 20 January 2009

Jalinan Musim Panas ' 09 =)

Jalinan besttt!!!

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..terasa recharged semula setelah sekian lama x terisi..seronok sgt dapat bertemu dengan akhawat semua..dapat kenal dgn kakak2 ex-oz/nz yg dah bertukar menjadi akhawat local,dengan jayanya.Pengisian mantap dari mereka2 yang sudah lama dijalan ini..heh..outdoor activities yg mmg mencabar ke'mantop'an muscle..uhu.sampai ni still rs sengal2 badan.rasa byk lagi nak share,tapi xtau nak luahkan cmne..nntlah,sehingga berjumpa lagi di oz..

salam sayang dan rindu buat antunna semua..jaga diri,jaga iman..ws.

(laptop dh rosak.sob3..)

''BidDam BirRuh,Nudfika Ya Gazzah!''

Sunday 11 January 2009

Tariq ibn Ziyad

Salah satu nama yang cukup terkenal di antara-antara panglima perang Islam, sebaris dengan kehebatan Muhammad Al-Fateh, dan tidak lain tidak bukan, Khalid Al-Walid.

Hanya baru-baru ini sahaja h_v berjaya mengetahui latar kisah bagaimana Tariq berjaya membebaskan Andalusia (Sepanyol) dari kezaliman yang melanda tanah air tersebut setelah sekian lama.

Jadi, h_v nak recommend, untuk mengetahui dengan mendalam kisah bagaiman keadaan sepanyol sebelum berjaya dibebaskan oleh tentera islam, dan teknik2 kepahlawanan yang digunakan oleh Tariq, boleh baca buku Novel Sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib, dan juga buku The Muslim Conquest of Spain and the Legacy of Al-Andalus.

Tapi, kalau boleh, baca buku Novel Sejarah Islam tu dulu. Biarpun memang novel, tetapi pada awalnya, disummarizekan fakta2 sebenar yang berlaku. Dan jalan cerita novel yang berikut selepasnya pun menarik juga. Dan kemudian, for the real fact, insyaAllah, look at The 2nd book by Shahmaz Husain. Baru leh faham buku ke-2 tu. Di situ hakikat kesengsaraan rakyat di sepanyol diceritakan dalam 2 bab yang pertama, dan kemudian bagaimana salah satu Gabenor di sana decide to turn against Raja yang zalim kerana telah memperkosa anak gadisnya. Dan dari situ, diceritakan bagaimana Musa ibn Nusyar, Gabenor di South Africa yang dilantik khalifah pada masa itu ambil peluang dengan jemputan Gabenor Julian untuk menyerang Sepanyol. Both this fact ada dalam kedua2 buku, tapi ada sedikit perselisihan dalam benda2 'furu' in between both. Contoh, klu ikut novel, kapal yang Gabenor Julian guna di sponsor oleh bakal suami anak dia yang teranaiya tu, tapi kalau ikut buku english tu, kapal tu diberi oleh raja zalim tu selepas gabenor julian tipu raja kata tentera muslim nak serang (b4 gebenor tu mintak pertolongan lagi).

Untuk mengkisahkan semuanya, memang panjang la, so, h_v would really2 suggest if u like to know more about pembebasan andalus dan kisah kepahlawanan Tariq, read both books.

=]
p/s: but please wat mane2 keje yang aula' dulu la yer

Thursday 8 January 2009

an insight

dalam perjalanan harian sebagai muslim, mengambil profesion sebagai apa yang digelar sebagai da'i..dan apabila telah menjerumuskan diri dalam harakah islamiyah (HI), apakah tujuan sebenar diri mengabungkan diri dengan mereka dan bukan pertubuhan lain?

satu persoalan yang dikupas panjang oleh Fathi Yakan dalam tulisannay 'Apa ertinya saya menganut islam'

contoh, semasa kaki memijak di bumi asing, kehadiran diri ke u'(qc), dan prog2 anjuran j', dilihat
sebagai aktiviti mingguan dalam jadual kehidupan di sana.. meskipun mungkin pada awalnya kita sering diingatkan untuk memperbaiki niat kita menghadirinya, mungkin juga niat kita yang diperbaiki tatkala itu, keranaNya (memang x salah). Akan tetapi, perlu diingatkan kepada diri, ketetapan yang telah kita sendiri pilih pada mulanya untuk menggabungkan diri pada (HI) bukan hanya sekadar itu saja, tetapi ia melibatkan pengabungan yang bakal membuktikan memantapkan 'aqidah, fikrah dan tanzim.

Fathi Yakan menyeru supaya mereflek diri balik, sejauh mana penggabungan yang kita lakukan itu adalah dari sudut 'aqidah..(?)
Adakah ia lahir kerana kecenderungan kepada mana2 individu ataupun kerana inginkan sesuatu di sebaliknya (refer to 4 golongan yang wujud kt dlm msykt - dalam dawatunna by Imam Hasan al Banna).
Ataupun ia lahir dari semangat dan persaan yang wujud. Dan apabila semangat itu hilang, maka seolah2 perjuangan yang dilakukan selama ini tidak membawa sebarang erti. Di sini Fathi Yakan menekankan sistem di atas dasar kefahaman itu penting bagi mengerakkan diri untuk bekerja menegakkan manhaj islam.
Dan daripada itu, ditegaskan olehnya, Pengorbanan itu adalah segala2nya. Pengorbanan dari semua aspek, kerana tahu, kepentingannya adalah untuk jama'ah dan bukan individu. Ini juga yang ditegaskan olehm Imam Syahid Hasan al-Banna mengenai dasar gerakan IM.

Memandangkan pengenalan ini hadir di saat masih bergelar sebagai pelajar. Adakah ini beerti, bila sudah masuk ke dunia kerja nanti, profesion ini akan dibiarkan berkubur saja?

Dikatakan oleh Fathi Yakan, saat sudah menggabungkan diri dengan HI, beerti tidak kira keadaan dan masa, diri sudah terikat dengan jama'ah itu. Di mana penting untuk tahu matlamat gerakan ini pun. [aka kalau awal2 sudah tahu dah lari dari ajaran rasulullah n syariat, x yah la join dari awalnya]

Firman Allah dalam al-Hajj, ayat 11
"Dan di antara manusia itu ada orang-orang yang menyembah Allah dengan berada di pinggir(tiada kayakinan) hingga jika peroleh kebjikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ditimpa suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang, rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata"

Dan sememangnya bila diri sudah bersetuju untuk mejerumuskan diri sebagai da'i, tidak akan pernah lupus dari menerima ujian dariNya. Bila dah lepas satu ujian, ujian seterusnya akan lebih mencabar lagi.. ini dikatan sendiri oleh Allah..

"Dan sesungguhnya, Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu (47:31)"

Setiap ujian itu satu siri penapisan yang dibuat oleh Allah. Sebagaimana yang telah berlaku dalam kisah thalut dan jalut.

Tapi, digariskan oleh Fathi Yakan, terdapat 2 jenis ujian to para da'i..
1st: ujian ni'mat- kekayaan, kemegahab, kuasa..dll (jarang dilihat sebagai ujian)
2nd: ujian ugutan, tekanan, dll (yg mmg jelas nmpk sebagai ujian-cth:mcm yg berlk kt mursyid2 IM)

(61:10-14)
Bila sudah diketahui akan hakikat sebenar yang akan dilalui sbgi da'i, adakah diri akan tetap pendirian menjadi pejuang menegakkan agama Allah?
____________________________________________________
tidak ditujukan kepada mana2 pihak,
ianya adalah satu gertakan buat diri ana.. alhmdllh Allah gerakan hati ni
untuk bukak balik buku tersebut, dan disini ana hanya berkongsi secara
ringkasnya, untuk lebih lanjut, di persilakan membaca buku tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors