Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Wednesday 14 December 2011

Plan to give HPV vaccine to girls at earlier age

It seems that malaysians are becoming more and more active in sexual activities at an early age as young as 12 years old..

and we say Msia is a muslims country..

what have we done until it reach up to this stage..???

something to ponder, and act upon by each of us.. who admit they are malaysians
and love our nations.

Thursday 29 September 2011

Sunday 3 July 2011

titian di pagi hari..

Mari kita menyoroti sebentar beberapa kalimah Allah SwT di dalam surah ke 23 di dalam Quranul Kareem; Al-Mu'minun.

Mulai dari ayat 78, telah Allah SwT berfirman:
Dan Dia-lah yang telah Menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.

Dengan mata kita melewati laman sesawang di kala ini, beerti kita mampu melihat apa yang terdampar di hadapan kita. Akan tetapi, sejauh mana telah kita bersyukur pada Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi) kerna telah memberikan kita hadiah penglihatan tanpa apa-apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan 'hadiah' melihat ini, walhal ramai yang diluar sana, telah diambil 'hadiah' penglihatan ini dari mereka, tanpa diminta...

80: Dan Dia-lah yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia-lah yang (Mengatur) pergantian malam dan siang. Tidakkah kamu mengerti?

Satu fenomena yang setiap hari kita lalui, dan seperti yang digambarkan olehNya, apakah kita tidak mampu melihat di sebalik kekuasaan Al-Aziz (Yang Maha Perkasa) menjadikan siang dan malam, yang saling bersilih ganti tanpa ada sekatan & kelewatan dalam kedatangan mereka.. Tidakkah kita tertanya pada diri.. ada kalanya, kita akan terlewat menunaikan kewajiban perintahNya, yang paling ketara sekali adalah solat kita.. ada rasa malu atau segan padaNya, di kala itu, walaupun kita lewat untuk menghadapNya, kita masih diberi oksigen untuk bernafas.. sedangkan Allah itu tidak pernah lewat memberi kita malam dan siang, seperti yang telah diaturkan setiap hari..
Maka, apkah kita lebih istimewa dari Allah apabila kita boleh lewat denganNya, apabila dia tidak pernah lewat walau sesaat untuk memberi kepada kita..?
Cume kita lakukan di tempat kerja..
Apakah kita mahu untuk tiba lewat di tempat kerja dari 'bos' kita..?
Dan biarpun kita mahu, tapi apakah bos itu akan beri gaji kita ditambah bonus..?
Tidak bukan?
Maka, dikala rasa ingin lewat berhadapan dengan Allah, ingatlah.. jikalau Allah lewat memberi kita nikmat, apakah kita akan suka..? Jikalau udara yang disedut disekat oleh Allah dari sampai kepada kita, adakah kita akan mampu untuk teruskan hidup..?

Sekarang, kita beralih kepada ayat 84-89.
----
84: Katakanlah (Muhammad), "Milik siapakah bumi, dan semua yang ada di dalamnya, jika kamu mengetahui?"

85: Mereka akan menjawab, "Milik Allah". Katakanlah, "Maka apakah kamu tidak ingat?"

86: Katakanlah, "Siapakah Tuhan yang memiliki langit yang tujuh dan meliki Arasy yang agung?"

87: Mereka akan menkawab, "Milik Allah." Katakanlah, "Maka mengapa kau tidak bertakwa?"

88: Katakanlah, "Siapakah yang ada di tanganNya berada kekuasaan segala sesuatu. Dia melindungi, dan tidak ada yang dapat dilindungi (dari azabNya), jika kamu mengetahui?"

89: Mereka akan menjawab, "Milik Allah." Katakanlah, "(Kalau demikian), maka bagaimana kamu sampai tertipu..?"
----

Susunan ayat-ayat ini merupakan satu senario yang telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. tatkala berhadapan dengan kaum musyikin.

Dilihat, kaum musyrikin pada kala itu, percaya pada adanya Allah Ta'ala, tetapi mereka tidak mahu tunduk padaNya. Kaum musyrikin juga tahu akan adanya hari pembalasan Allah nanti, akan tetapi mereka masih tidak endah padaNya.

Melihat kepada zaman kita kini, cuba kita lihat.. betapa ramai mereka yang mengaku akan adanya Allah, akan tetapi, bertapa ramai yang hanya percaya pada lisan, tetapi hati dan perbuatan mereka menggambarkan sebaliknya..

Apakah kita termasuk dalam golongan ini..? Yang hanya mengaku islam, kerana tertera pada kad pengenalan kita..?

Tidakkah menjadi sebahagian dari golongan ini serupa dengan kaum musyrikin pada zaman dahulu, yang percaya pada adanya Allah, tetlapi tidak mahu tunduk patuh padaNya..?

Sekiranya pada zaman rasululullah itu adanya sistem kad pengenalan, mungkin mereka juga akan dapatkan kad yang tertulis islam, kerana mereka boleh sahaja adanya Allah, tetapi tidak tunduk, patuh padaNya..

wallahu'alam...

ini hanya untuk berkongsi di pagi hari, yang terlintas di hati tika sampai pada ayat-ayat ini..

Sunday 3 April 2011

monolog #2

Seperti biasa,di waktu kelapangan masa hujung minggu ketika tiada program,banyak masa saya habiskan di atas tilam.Bukan untuk aktiviti 'penyu mendarat',tapi tenggelam dalam buku bacaan.Kadang-kadang tu baring dari lepas subuh sampaila zuhur,tak bangun2.Bila sekali bangun,berjalan pun boleh terhuyung-hayang.

Kelmarin saya ke toko buku lagi.Sebenarnya tujuan outing untuk teman housemate beli barang hantaran perkahwinan dia.Sementelah terjumpa dengan kedai buku tu,drop by la kejap.Grabbed a few good books.Malam tadi dah habis baca semua.heh..

Salah satu buku tu menceritakan pengalaman author menjalani hidup sepanjang meneruskan pengajian di luar negara.Kisah-kisah yang diceritakan sedikit sebanyak amat berkait rapat dengan kita.Yes,kita sewaktu di melbourne.

Pengalaman yang terlalu manis ketika tahun pertama takkan bisa pernah padam dari hati dan ingatan saya,selagi allah izinkan.Kita yang bersama-sama memilih jalan ini.Jalan yang akhirnya berjaya mengubah budak-budak all-the-time periang/bermasam muka on trivial things, kepada manusia dewasa yang riang juga,cuma lebih bertempat.*urghh..excuse the tunggang-terbalik-ness*

Kini,kita semua sudah kembali.

Secara kasarnya,semua pun masih berada di fasa penyesuaian diri.Kita semua berada di fasa yang sama.Baru mula membina hidup.Sama seperti kita mula-mula tiba di melbourne tempoh hari.Sama2 menyinsing lengan berusaha belajar adaptasi di tempat asing.

Namun jika dibandingkan betul2,ada seperkara yang sedikit tidak 'match' dengan perjalanan kita sewaktu tahun pertama tersebut.

Masihkah kita melangkah di atas jalan yang satu itu?
Masih samakah matlamat hidup kita?
Masih serupakah musuh-musuh kita?
Adakah amal2 yang di praktis ketika di sana masih tetap diteruskan di sini?
Bagaimana dengan sumbangan kita kepada masyarakat?

....

Entahlah..
Makin dewasa kita,makin bebas untuk kita membuat keputusan hidup masing-masing.
Makin kurang kuasa campurtangan luar terhadap tindakan kita.
Makin bijak berhujah untuk mempertahankan setiap pilihan kita.
Mungkin juga...makin tinggi ego untuk mengakui kesilapan diri..?

....

Setiap butir perkataan di atas lebih tertuju pada diri saya sendiri.
dan sedikit sebanyak buat kawan-kawan yang saya sayangi..

baik kita hari ini,tak menjanjikan baiknya kita di esok hari.
jahat kita hari ini,juga tak memastikan yang kita tetap akan jahat di kemudian hari.

Andai fasa adaptasi ini benar2 menguji,
semoga allah membantu kita melepasinya..

tulisan ini jauh sekali untuk menghakimi tindakan orang lain.
tidak sekali-kali untuk berburuk sangka dengan kehidupan orang lain.

cuma sebagai bingkisan peringatan..
untuk hari ini,esok,lusa dan kalau boleh sampai bila2..

never say no to goodness,dear.. =]


till then.









Pembinaan Rumah..

Sekarang mari kita berfikir seperti seorang architecture sebentar.

Dalam kita membina rumah, sudah pasti yang dibina terlebih dahulu adalah tapak rumah itu.

kemudian, dinding-dinding / tiang-tiang akan dipacak.. dan ditutup dengan atap-atap rumah.

apabila rumah ini siap dibina, kita akan mula menghiasi dalam rumah dengan perabot-perabot dan benda-benda lain yang akan menyenangkan pandangan kita.

Untuk merobohkan rumah ini, apabila kita mahu merobohkan rumah pula, kita pasti tidak akan bermula dengan tapaknya.

Cuba kita bayangkan, mampukah kita merobohkan sesebuah rumah itu dengan menghancurkan tapak terlebih dahulu?

Pasti sukar bukan. Kecuali jika berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, sudah pasti tapak akan terkoyak dan menghancurkan tapak rumah dan keseluruhannya.

Dan kita bawa pula analogi pembinaan rumah ini ke dalam konteks pembinaan seseorang individu muslim.

Tapak yang kukuh akan memastikan rumah yang dibina itu teguh dan tahan lama.

Maka, dengan membawa islam kepada masyarakat, Rasulullah saw bermula dari tapak.
Di mana tapak ini adalah iman. Iman ini pula adalah 'energi' bagi segala yang lain.
Dengan tapak iman ini, tiang-tiang agama mampu berdiri teguh.

Jadi, apabila iman dalam seseorang itu dibina lemah, tiang-tiang agamanya akan tergoyah.

Sebegitu juga dengan teknik dakwah rasulullah saw dengan inspirasi yang diilhamkan oleh Allah SwT.

Di bina asas-asas iman dalam diri mereka, sebelum diturunkan pula kewajipan untuk solat, puasa,zakat,haji yang merupakan antara tiang-tiang pada tapak pembinaan islam dalam seseorang. Ingat, pada zaman rasulullah, seseorang itu pasti tidak akan mengucapkan kalimat syahadah tanpa percaya dan yakin pada ajaran yang dibawa rasulullah saw. Dan tapak pembinaan ini dikuatkan lagi sebelum diturunkan tiang-tiang lain.

Dan apabila sudah berdiri tegak tiang-tiang ini, maka, dibina pula atap rumah. Dan atap-atap rumah ini umpama dakwah dan jihad di dalam islam. Selepas tiang-tiang asas islam dibina, barulah para sahabat di ajak berdakwah dan kemudian berjihad fi sabilillah.

Dengan terhasilnya rumah seseorang itu, sudah pasti akan di isi pula dengan hiasan-hiasan di dalamnya, yang merupakan akhlak individu muslim.

Jadi, musuh-musuh islam yang pada awalnya cuba merobohkan pembinaan islam dalam diri muslim dengan cuba menrosakkan tapak mereka tidak berjaya, bertukar taktik dengan merobohkan 'Atap-atap' umat islam.

Dengan membawa kepercayaan dalam diri, 'Jihad' itu tidak penting dalam islam, maka lama-kelamaan umat Muhammad, terpedaya dengan musuh-musuh kita, yang telah merosakkan atap-atap rumah islam dalam diri kita.

Apabila atap-atap ini sudah rosak, air hujan, sinar mentari akan masuh ke dalam rumah tanpa masalah, dan merosakkan semua alat-alat hias di dalamnya.

Lihat betapa ramai umat islam yang islam pada nama, tapi akhlak mereka lebih buruk dari mereka yang kafir di luar sana?

Tiang-tiang / dinding rumah akan mula terhakis hari demi hari.

Sudah ramai umat islam di luar sana tidak mengindahkan lagi solat, puasa, zakat, haji..
Cuba lihat sendiri di tempat kerja kita..
Berapa ramai yang solat pada awal waktu..? atau lebih menyedihkan, berapa ramai yang solat sebenarnya..?
Ada juga lebih mementingkan tiang puasa dari tiang solat, dsbg. sedangkan kita tahu, tiang-tiang solat dan puasa itu harus berdiri tegak bersama.

Jadi apabila pembinaan 'rumah islam' dalam diri seseorang muslim, yang tinggal hanyalah tapak pembinaan yang rapuh. Yakni, ia hanya mampu dan mahu mengucapkan kalimah syahadah secara lisan, tanpa rasa apa-apa pada hati maka sudah pasti tiada lagi keinginnan dan rasa tanggungjawab ia untuk mencantikkan 'rumah' yang sepatutnya dibina.

Ibarat seorang pengemis yang diberi sebuah tapak, tapi tidak mampu mendirikan rumah kerana tidak mahu dan tidak mampu.

Wallahu'alam bittsawab..

reference: tazkirah u' 02/04/2011

Tuesday 1 March 2011

a short share/reminder

Let me start with an incident that occurred to me recently..

As always, it was a humid day in this loving home country, my colleagues and i was riding a car to get some reimbursement for our energy during lunch break.

The chatter that goes in the car was as usual, updating about their children to one another. Yet, until one point, it found a route into a direction talking about their parents and grandparents. Which is then leads to something that never fail to remind us, in one way or another, that our life in this world is just temporary.

Yes, it was about Death.

Its fearsome to some people when the death incidence is brought up..

One of my colleagues told us that her mother inform her that when she went to a talk by an Ustaz for the evening reminder, the ustaz started his talk by asking one abrupt question.

Has anyone prepare their ‘kain batik lepas’..?

At first I wondered to myself, what is this so called ‘kain batik lepas’..?

After several minutes of chatter, i came to know that the ‘kain batik lepas’ is what used among the malay here to cover the person who just turn over as a corpse.

I bring this up not to focus and discuss about the ‘kain batik’..

But on how the ustaz talk, bring me to think it as he is asking us..

Have we prepare for our death..?

If getting ready all the important ‘equipment’ when we will be die later is suggested, preparing to face the death itself is far more essential..

Are we prepare to face the angel of death..?

What bout the torment in the grave..?

And not to mention bout the tremendous day when resurrection occur..

Have we prepare ourselves to face it ..?

Something for us to together look back and ponder upon..

till then..

pen off~

Sunday 9 January 2011

KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA

Time: 29 January · 08:30 - 18:00
Location: Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal, Melaka

KONVENSYEN INI ADALAH ANJURAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

• MEMBERI GAMBARAN KEUTUHAN JATIDIRI MASYARAKAT MELAYU YANG TELAH MEMBINA SEBUAH TAMADUN YANG GILANG-GEMILANG DAN KERAJAAN YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SELURUH DUNIA
...

RM 50 - Dewasa / Bekerja
RM20 - Mahasiswa

Lawati : www.kemm1511.net
Email : kemm.1511@yahoo.com
En. Rauf : 017 611 3854

+ Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
+ YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
+ YBhg. Dr Sidik Fadhil
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors