Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Saturday 31 May 2008

siblings,where are you..!!

swot vac dh bermula..sesuatu yg sgt menakutkan..=s
bkn sbb nk exam..tp nnt mesti kite sgt2 jrg berjumpe..sedang hari xcuti pn susah benar nk bertembung/selalu xde kt umah,apetah lg swot vac yg sungguh cuti ini..(bhs apekah ini).kalau jmpe pn hanya salam yg mampu di berikan..masa sgt mencemburui.rindu..sgt rindu.dh lame x luangkn masa bersama,ramai2..di tgh2 keserabutan 'mslh keakhawatan' ni,ttibe teringat memori dulu.uhu..2008..the sweetest yr ever.sama2 berkongsi latest updates..sama2 bertungkus lumus stay up siapkn sajak..sama2 bermain kejar bola smpai senget2 tudung...(^_^)..the only riadah jamaie in two years..how great we were..=p.

and now,everthg is different..with new faces..with faces that already gone..hmm patah tumbuh,hilang sungguh tiada siapa dpt menggantikan..dats what i feel.dh nk abes satu sem,the feeling doesnt change at all..how could i forget all those memories and all my best siblings,ever..oh~sungguh emo bunyinye.beselah tu,syndrome 12.30 am =D.

still waiting for the reunion..i'll always be here,praying and hoping for that moment to come..

Rabbana,tsabbit qulubana 'ala deenik..wa 'ala to'atik..

smg allah tetapkn kaki2 ini utk terus kemas berada di jalanNya..ameen.

love.love.love.love.loveeeeeeeeee.heheheh

Sunday 25 May 2008

a reminder.. for me..

langit tidak kan selalunya cerah,
di kala biru pancawanya,
jiwa kan merasa ketenangan yang tidak terhingga
namun, ketahuilah, awan-awan sentiasa kan hadir
tarikan dari yang di nusantara sana..
kumpulnya si awan kerna ingin membawa keberkatan..
rahmat titisan hujan pada segenap insan..
Kan tetapi, insan ini sememangya tidak mengerti
Andai luaran yang dilihat, hikmah yang tersembunyi tidak dapat dicari
Dirusuh kesejukan yang dirasa
Dicemuh kerja-kerja yang tergendala
Hanya kerana langit yang dahulunya cerah sudah lagi tidak tampak sinarnya

Begitu lah jua hidup kita di dunia fana yang sememangnya sementara
Kan dirasa bahawa berdirinya pada satu posisi yang membawa kebenaran di dunia,
Semuanya nan indah andai gangguan tiada dalam setiap perlaksanaan kita
Dan ia takkan terjadi kerna sudah menjadi sunatullah perjuangan di sini..
Teman-teman seperjuangan yang turut bergerak bersama membawa panji kebenaran yang nyata,
turut berjuang melaksanakan hak-hak pada insan yang hadir di sekeliling mereka..
Namun, ketahuilah setiap insan itu ada kemampuannya..
Kelemahan yang hadir, tidak akan mampu diperbaiki sepenuhnya
Kerna kita juga manusia, akan sedarlah kita hakikat manusia yang sebenarnya..
Tidak kan lari dari salah silap, biarpun siapa ia
Andai dirasa diri disisihkan jauh.. ketahuilah, ia hanya sogokan durjana yang tidak pernah lekang dari sisi..
Andai dirasa semuaya hanya lah lakonan semata..
sebenarnya ia hanya ilusi yang hadir kerna keringnya hati dari titisan bekalannya
bahkan, semua yang mencalarkan hati dalam diri menunding pada diri sendiri
Kerna tatkala ia masih segar, sihat.. ia tidak diendah, tidak diambil peduli
Tiada siraman diberi, lantas tiada kekuatan yang hadir dalam diri
Dalam itu, sebelum ia semakin gersang tanpa harapan untuk pulih kembali
Mohon padaNya..agar diampunkan kesalahan diri yang tidak disedari..
Pinta agar masih mampu berpaut pada jalan yang mendekatkan diri padaNya
Ditegarkan jiwa..benteng yang dulu dibina kan mampu teguh kembali berdiri..

satu peringatan buat diri di sini...dan pada mereka yang inginkannya
-----------------------------------------------------------------
Please take hold of my hands, when i start to depart away from the one straight path..
and i'll try my best to held yours as well if the opposite occurs..

purification of the hearts.

Hati2 yg bermujahadah demiNya..allah akan tunjukkn jalan 29:69.

alhamdulillah! almost get over it =) jzkkk..smg istiqamah and just bare in mind,the strugles will never end.. ;)

Friday 23 May 2008

47:31

''..dan sungguh,Kami benar2 akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui org yg benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan kami uji perihal kamu...''


selagi niat sebenar tak terbongkar,selagi itu akan di uji dan di monitor..to pick the best ones.hanya yg ikhlas dgn sungguh2 akan tiba di titik pengakhiran..allahua'lam.


~love~

Wednesday 14 May 2008

permulaan yang baik = pengakhiran yang mulia


Mulakan harimu dengan Zikirullah,
Mulakan solatmu dengan A`Uzubillah,
Mulakan doamu dengan Alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan Bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas Lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah Fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
KERANA PERMULAAN YANG BAIK
AKAN MENENTUKAN PENGAKHIRAN YANG MULIA

Wednesday 7 May 2008

buat muhsinaatians: dear beloved siblings, do remind me always


Arus di dunia semakin deras gelombangnya
Perlu kita sama menongkah..
Agar tidak hanyut di dalam alirannya
Tidak karam dalam pengemudian yang dilaksana
Tidak tersadai kerna terleka dalam menghadapinya

ibarat meniti titian yang panjangnya tidak kan diketahui
menuju ke destinasi yang menjadi impian segenap insani yang jelas tujuan hidup di muka bumi
andai minda terleka biarpun hanya sesaat masa perkiraan kita
kan terlantarlah nun di bawah, kerna terjunam dari perjalanan ini
adakah ini pengakhiran yang ingin dicapai dengan keberadaan di dunia?

ketahuilah...
ia adalah satu perjuangan
sesaat di sini, membawa seribu pengakhiran yang kan membawa erti
selagi ruh tidak dirobek pergi, terapkan usaha tanpa henti
sunnah perjuangan ini tidak kan berakhir
kan dilalui hamparan batu di sekitarnya
hembusan angin, sesekali deras dan ada kalanya hanya bayu datang menyapa
tomahan dari todak suatu yang pasti
kan tetapi, biarlah segalanya melanggar benteng yang dibina
pengorbanan yang diwarka, tidak harus ditawar hanya kerna nya
ianya suatu keni'matan dalam kemelutan yang dirasa

Walaupun hakikatnya jiwa menolak keras tatkala taklifan itu diberi
Ketahuilah, kan terlalu banyak noda yang sudah bermaharajalela bertahun lamanya
Jika dibiarkan saja, tanpa satu perlakuan yang bermakna
Kan sahaja dikotori lautan yang pada mulanya suci murni
Dek tumpahan minyak dari kapal yang dikemudi
Kerna enggan menahan gerakan mereka yang melanggar segala tetapan menaikinya
umpama keramaian insan yang tidak endah lagi pada manhajNya
tidak yakin akan ketentuanNya, semua dek inginkan keajaiban tanpa usaha

Kepahitan yang dirasa, biarkanlah ia
Iringilah ia dengan kemanisan madu; yakni iman dan taqwa
Perpaduan yang turut mensyiarkan perjuangan ini
Kukuhkanlah ia, agar barisan kan teguh sama berdiri

Semoga kita bersama meniti titian ini
Agar tiba kita di penghujungnya, dengan senyuman terukir di wajah
pautan dari tangan ke tangan mengiringi
betemu pada Ilahi, satu matlamat yang disimpan
menjadi daya tolakkan untuk mengerakkan motor di dalam diri sanubari



Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors