Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Sunday 25 May 2008

a reminder.. for me..

langit tidak kan selalunya cerah,
di kala biru pancawanya,
jiwa kan merasa ketenangan yang tidak terhingga
namun, ketahuilah, awan-awan sentiasa kan hadir
tarikan dari yang di nusantara sana..
kumpulnya si awan kerna ingin membawa keberkatan..
rahmat titisan hujan pada segenap insan..
Kan tetapi, insan ini sememangya tidak mengerti
Andai luaran yang dilihat, hikmah yang tersembunyi tidak dapat dicari
Dirusuh kesejukan yang dirasa
Dicemuh kerja-kerja yang tergendala
Hanya kerana langit yang dahulunya cerah sudah lagi tidak tampak sinarnya

Begitu lah jua hidup kita di dunia fana yang sememangnya sementara
Kan dirasa bahawa berdirinya pada satu posisi yang membawa kebenaran di dunia,
Semuanya nan indah andai gangguan tiada dalam setiap perlaksanaan kita
Dan ia takkan terjadi kerna sudah menjadi sunatullah perjuangan di sini..
Teman-teman seperjuangan yang turut bergerak bersama membawa panji kebenaran yang nyata,
turut berjuang melaksanakan hak-hak pada insan yang hadir di sekeliling mereka..
Namun, ketahuilah setiap insan itu ada kemampuannya..
Kelemahan yang hadir, tidak akan mampu diperbaiki sepenuhnya
Kerna kita juga manusia, akan sedarlah kita hakikat manusia yang sebenarnya..
Tidak kan lari dari salah silap, biarpun siapa ia
Andai dirasa diri disisihkan jauh.. ketahuilah, ia hanya sogokan durjana yang tidak pernah lekang dari sisi..
Andai dirasa semuaya hanya lah lakonan semata..
sebenarnya ia hanya ilusi yang hadir kerna keringnya hati dari titisan bekalannya
bahkan, semua yang mencalarkan hati dalam diri menunding pada diri sendiri
Kerna tatkala ia masih segar, sihat.. ia tidak diendah, tidak diambil peduli
Tiada siraman diberi, lantas tiada kekuatan yang hadir dalam diri
Dalam itu, sebelum ia semakin gersang tanpa harapan untuk pulih kembali
Mohon padaNya..agar diampunkan kesalahan diri yang tidak disedari..
Pinta agar masih mampu berpaut pada jalan yang mendekatkan diri padaNya
Ditegarkan jiwa..benteng yang dulu dibina kan mampu teguh kembali berdiri..

satu peringatan buat diri di sini...dan pada mereka yang inginkannya
-----------------------------------------------------------------
Please take hold of my hands, when i start to depart away from the one straight path..
and i'll try my best to held yours as well if the opposite occurs..

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors