Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Sunday 27 July 2008

sekolah~oh sekolah

class akan bermula hari isnin ini..
semester baru.. subjects baru..
maka.. niat kita juga perlu diperbaharui..
kenal pasti matlamat yang dituju, baru boleh diletakkan pembahagian masa dalam jadual kita =), insyaAllah
alrite then.. muhsinaats, let us go back to school with new spirit & intention

Friday 18 July 2008

...

baru ingin terjun ke dlm musim winter.. namun, telah pun ia berakhir, pergi dari sisi..
biarpun diri tidak mampu untuk hadir sepenuhnya pada medan ini.. namun diri ini tahu sahabat-sahabat seperjuangan telah pun memberi >100% kemampuan dalam diri..

Mungkin ini yang bukan dirasa bagi setiap individu, dirasakan tiada yang telah diberikan untuk mencorak masa depan ummah ini.. kan tetapi, ketahuilah.. semuanya hanya ilusi.. tidak berada di barisan hadapan tidak beerti amal yang dilakukan itu kurang dari mereka yang sering tampak hadir di hadapan.. kerana sebesar2 amal boleh menjadi kecil, dan begitu juga sebaliknya.. semuanya bergantung kepada niat yang hadir dalam hati..

Keputusan peperiksaan semester yang baru sahaja berlalu juga sebenarnya menguji iman di hati. Andai dirasa telah bertungkus lumus untuk menghadapi imtihan tempoh hari, namun kepulangan yang diperoleh tidak mencerminkan mujahadah diri, ketahuilah, pada hakikatnya, iman yang ada dalam diri itu sudah berada di tahap yang tinggi, jauh melebihi mereka yang ada di sisi. Dan sebenarnya, di situlah Allah ingin menguji, sejauh mana akan iman itu terus melonjak naik, dan adakah diri akan berpaling hanya kerana keputusan duniawi.. Jangan kerna hanya disebabkan keputusan peperiksaan tidak menepati impian hati, diri ini akan terus bersedih, melarikan diri dari insan-insan di sisi, menghidari dari taklifan untuk mentarbiyyah diri dan mereka di luar sana. Kerna andai ia berterusan berlaku, sentiasalah garrap di hati, 'adakah diri ini telah lulus dengan cemerlang ujianNya?'

Kerna memperoleh '1st class honors di sisiNya itu jauh lebih berharga dan bermakna dari apa yang akan diperoleh di dunia ini.

Mungkin persoalan yang hadir, 'mengapa aku yang diiuji dan bukan mereka?'.. Seperti yang diutarakan tadi, semuanya itu perancangan Ilahi. Sejauh mana kan kaki ini teguh pada jalanNya, dan sejauh mana diri ini yakin pada ketentuanNya..
Dan ia juga adalah suatu penapisan secara tidak langsung, kerna tidak nampak seperti yang telah berlaku pada zaman anbiya' dahulu, tapi ia bersesuaian dengan ujian penapisan di zaman kita kini.

Ketahuilah, kejayaan yang diperoleh itu juga suatu ujian. Biarpun kejayaan demi kejayaan diperolehi, kan tetapi sejauh mana telah kita bersyukur padaNya, adakah dapat kita jamin hati dalam diri bersih dari riya', takbur.. Dan ini adalah ujian yang lebih berbahaya kerana tidak tampak jelas dan boleh membawa kepada pengakhiran yang tidak elok..

Setiap muslim itu diuji dengan ujian yang berbeza. Mungkin tidak tampak pada pandangan kita ujian yang sahabat kita hadapi, ketahuilah memang sebenarnya ada ujian itu yang sedang ditarunginya.

Jesteru itu, marilah sama-sama muhasabah diri.. Adakah diri telah berjaya harungi salah satu ujian di dunia ini? Dan bersiap siaga lah kerana ujian yang bakal dihadapi di masa akan datang lebih berat dan mencabar..

Mari sama berdo'a supaya setiap diri ini mendapat husnul khatimah, pengakhiran yang baik..

_______________________________________________________
Kejayaan yang datang itu bukan selamanya
Kegagalan yang hadir itu bukan pengakhiran segalanya
Keteguhan, semangat untuk terus berusaha itu yang lebih bermakna
Kerna Allah hanya melihat pada usaha dan bukan natijahnya..
_______________________________________________________

sentiasalah peringatkan sesama sendiri (termsk diri ini) andai terlupa akan hakikat ini
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors