Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday 25 September 2009

muhasabah diri..

__________________________________________________
"Wahai bani Adam, selama kamu berseru dan mengharap keampunanKu, nscaya, Aku ampuni, betapa apa pun keadaanmu..."

"Wahai bani Adam, seandainya kamu menghadapKu dengan sepenuh bumi kesalahan, nescaya, akan Aku sambut dengan sempenuh bumi keampunan, jika tidak engkau menyekutukanKu dengan sesuatu pun..."

"Wahai bani Adam, seandainya kamu berdosa setinggi langit, lalu memohon ampun, nescaya Aku ampunai dan Aku abaikan dosa-dosamu.."

(riwayat Ahmad dan Ad-Darimi)
Hadith Qudsi
_________________________________________________


Ini adalah firman Allah S.w.T pada setiap dari hambaNya..
baik dulu, sekarang mahupun esok, lusa.

Andai diri yang membaca memang sudah islam, dan iman itu ada hanya padaNya,
maka, tidak perlu diri ragu untuk bersyukur dengan setinggi2 padaNya kerana Dia masih meneguhkan diri untuk beriman padaNya.

Dengan berakhirnya rammadhan seminggu yang lalu, ingin sekali diri di sini muhasabah kembali.

Muhasabah kerana, sejauh mana telah diri pergunakan bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu itu untuk melatih dan memperbaiki diri.

Jika sebelum ketibaan ramadhan itu telah diri gariskan outline atau matlamat yang ingin dicapai pada akhir ramadhan, sekarang perlu diri membuat check list kembali, sejauh mana diri sebenar2nya telah mencapai matlamat ramadhan itu.

Perlu juga sekarang, setelah seminggu dalam syawal, bertanya pada diri.

1. Adakah aktiviti/kegiatan di bulan syawal ini seperti dalam bulan ramadhan?
atau
2. Adakah ia lebih baik dari bulan ramadhan..?
atau
3. Adakah sebenarnya kegilapan amal di dalam bulan ramadhan itu semakin hari semakin hilang .?

Andai jawapannya 'ya' pada 1 atau 2, maka teruskan mujahadah diri dan teruskan agar diri meraih lebih kecemerlangan dalam amal padaNya..

tetapi, andia jawapannya 'ya' pada yang ke-3, perlu diri bertanya pada diri sendiri..
'adakah aku ini abdi- ramadhan atau abdi Allah S.w.T...'

Jika dalam ramadhan, asyik terkejar2 untuk menjamu mereka yang berpuasa untuk iftar,
terkejar2 untuk membantu rakan, memudahkan urusan lain, ternanti2 untuk bersedekah, adakah sehabisnya ramadhan, tidak perlu lagi terkejar2 dalam melakukan semua itu..?

dan

Jika dalam ramadhan juga semua ternanti2 akan kehadiran lailatul-qadr..
dengan mujahadah untuk bangun di pertengahan malam setiap hari agar tidak terlepas akan kehadirannya,
adakah apabila diri telah berjaya memperolehinya, diri mengira sudah cukup untuk amal buat tahun ini, kerana mengambil kiraan malam lailatul qadr itu bersaamaan 1000 bulan. Jadi merasakan, tidak perlu la bersusah2 kerana sudah peroleh amal pahala untuk 1000 bulan lalu tiada lagi mujahadah untuk bangun untuk qiyamulail.

Berbalik kepada hadis qudsi itu, dalam setiap rangkapan Allah pada hambaNya, ada garis penting yang boleh diabstract darinya.
Dalam pendek kata, ia meliputi 4 perkara.

1. berseru
2. mengharap keampunan padaNya
3. tidak menyekutukanNya
4. memohon keampunanNya

Apabila Allah S.w.T berfirman, 'selama mana kamu berseru', ia menjelaskan
dakwah itu satu tanggungjawab yang 'mesti' baik dari segi perkataan atau perlakuan.

Selagi mana diri berusaha untuk menyampaikan islam pada masyarakat dan pada masa yang sama (simultaneously) mengharap keampunanNya, Allah akan sentiasa ada bersama.

Allah mengariskan salah satu action yang perlu ada pada mereka yang berseru(daie) adalah 'mengharap'.

Apabila diri mengharap padaNya, beerti diri telah meletakkan 100% kepercayaan dan pergantungan hanya padaNya. Bila ini berjaya dilakukan, bermakna diri telah menolak segala yang lain, i.e. diri sudah berjaya untuk tidak menyekutukanNya.

Allah Ta'ala mengulangi perlakuan 'memohon keampunan' padaNya kerana Allah lebih tahu sifat insan2 ciptaanNya. Tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan, baik kecil mahupun besar, baik tampak jelas mahupun tersembunyi, dan baik luaran mahupun dalaman.

Jadi Allah S.w.T ingin peringatkan diri berulang2 kali, agar tidak lupa, dalam diri berusaha mengajak/menyeru masyarakat padaNya, perlu diri sentiasa perbaiki diri, perbaiki hubungan denganNya.

Kalau dirasakan cukuplah diri mengharapkan keampunan Allah dalam minggu ke-2 ramadhan (maghfirah week) dariNya
dan andai dirasakan tiada lagi ruang untuk diri mendapat keampunanNya kerana tidak berusaha dalam bulan ramadhan, fikir2kan lah kembali..

Memang mungkin Allah telah ampunkan dosa2 yang telah lalu apabila diri gigih meminta padaNya dalam bulan ramadhan,
akan tetapi, sejauh mana diri boleh beri keyakinan sejak diampunkan dosa2 yg lalu, diri tidak buat dosa lagi?

dan

Mungkin diri terlepas dari rahmat keampunanNya dalam Ramadhan, tetapi usah gusah kerana Allah berfirman, selagi mana diri memohon keampunan padaNya dengan sebenar2nya dan meletakkan 100% harapan dan kepercayaan padaNya, dengan izinNya, akan Dia ampunkan juga segala dosa.

Ketahuilah, diumpamakan bahawa Allah lebih menyukai taubat para hambaNya daripada kesukaan seseorang yang kehilangan unta tunggangannya di padang pasir yang gursang sehinggakan apabila ia menjumpainya kembali , ia tersalah kata, Allah itu hambanya dan dia tuhanNya. Allah lebih gembira/suka daripada kegembiraan orang itu apabila hamba2Nya mohon keampunan dan taubat padaNya.

Ada juga kisah dari hadis dari riwayat Bukhari & Muslim,
yang sedikit sebanyak membawa cerita pada zaman bani israel,
ada seorang lelaki yang melakukan maksiat dan dosa sebanyak mungkin,
dan apabila ajal hampir tiba, ia mengumpulkan anak2nya dan mengatakan tiada siapa pernah melakukan dosa pada Alla sebanyak dirinya, lantas dia meminta mereka(anak2nya) untuk membakar mayatnya sehingga menjadi abu2. Kemudian taburkan abu2 dari dirinya di sekitar gunung.
Dan ini benar2 dilakukan oleh anak2nya sebaik sahaja ia meninggal.
Kemudian, dengan kuasa Allah S.w.T, telah dihidupkan kembali lelaki ini dan Allah pun bertanya, kenapa dia meminta anak2nya untuk perlakukan sedemikian pada dirinya.
Lalu jawab lelaki itu, "aku takut kepadaMu dan takut akan dosa2ku ".
Dengan itu, Allah pun berfirman, "Kerana rasa takutmu kepadaKu, maka kau akan Aku ampuni. Aku bersaksi wahai malaikat-malaikatKu, bahawa aku mengampuni dia nad Aku akan memasukkannya ke dalam syurga."

Apabila diri mendengar akan kisah ini, rasa kasih Allah pada hambaNya itu sangat tinggi.
Asalkan diri tidak jemu pada Allah, tidak berhenti mohon ampun padaNya walaupun diri sering kali melakukan dosa, Allah al-Ghafur, al-Wadud akan sentiasa bersedia untuk menerima diri ini kembali.

Allahuálam..

Ini semua adalah satu muhasabah buat diri yang menulis, kerana dirasakan langkah diri semakin hari semakin mengundur ke belakang.

Tuesday 15 September 2009

Hari Terbuka ISMA Australia 2009


Date:
Monday, 21 September 2009
Time:
17:00 - 22:30
Location:
Cossar Hall, Monash Parkville
Town/City:
Melbourne, Australia
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors