Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Tuesday 18 September 2007

family

{The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever.}
Narrated in Saheeh Muslim, #2586, and Saheeh Al-Bukhari, #6011.
---------------------------------------------------------------------
Are we the believers that the prophet(saw) said that how believers should be?
Love this family, here. Though our blood do not tie us together, but the bond we form, are stronger than the bond of kin or lineage as long we sustain to be among the true believers.
-----------------------------------------------------------------------
Your pain are mine,
Your happiness brings joy in my life,
The burden you felt,
Will be something that I'll bear,
When you're down at the bottom of a cliff,
I'll try to bring you high up till you reach the top.
When you drift away, caught by the blasting waves,
I'll reach your hand, holding on to you to as much as I can.
It seem like a deceiving promise, yet I'll try my best for it..
and i do hope, that you'll do the same to all in our family..
------------------------------------------------------------------------------

Thursday 13 September 2007

assalamualaykum.. alhamdulillah...hari pertama ramadhan dah hampir nak melabuhkan tirainya...alhamdulillah...dapat melalui hari dgn tenang dan baik..cuba nak betul2 menghadirkan hati dan menyelami perasaan di bulan yang penuh barakahnya ini seperti rindu dan kasihnya para sahabat pada bulan ini.....jangan biarkan sehari pun ramadhan berlalu tanpa kita betul2 merasai nikmat kehadirannya..takut2 nnti tak berpeluang bersua lagi...

sebenarnya.....just now...saya kemas-kemas wallet...penuh dgn beberapa sampah(bills n kertas2) n found this bookmark made by one ukhti..

just wanna share this..here it goes..

Ukhuwah yang terbina
Bukan kuntuman bunga
Tetapi persis tasbih
Dicipta untuk mengingatiNya
Dicantum dengan cintaNya
Diratib demi redhaNya


Autumn Fi Qalbi '06

.....

Monday 10 September 2007

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan!!


Ramadhan itu akan datang 2 hari sahaja lagi. Mohon dengan sangat supaya Allah menemukan kita dengannya, dengan bulan yang penuh rahmat dariNya. Bulan yang mana dibuka pintu2 syurga dan dihambat syaitan2 durjana. Bulan yang penuh dengan kepemurahan Al-Khaliq yang melipatgandakan amalan2 kita...dan berbagai lagi description dan panggilan buat bulan mulia itu.

Semalam, seruan untuk mengihya'kan* Ramadhan itu dilaung2kan. Terasa berkobar dan membara semangat untuk bertemunya, tak sabar2 lagi! Dalam bulan mulia itulah Allah mengurniakan pembukaan kota Mekah dan Andalus. Dalam bulan itulah Allah memenangkan Muslimin dalam menyekat kemaraan tentera Monggol di Ain Jalut. Dalam bulan itu juga berlaku peperangan besar Bala Syuhada di Perancis, bukti perluasan Khilafah Islam di Eropah.

Ganjaran pahala bagi setiap amalan di dalam Ramadhan tak ternilai berat timbangannya. Bukankah kita sudah beriman bahawa Allah itu Asy-syakur? Apatah lagi dalam bulan yang dimuliakan ini. Lantaran kerana itulah sebenarnya kita menanti2kan kedatangan Ramadahan. Bukanlah kerana lauk pauk iftar yang menyelerakan. Apatah lagi semata2 kerana Hari Raya yang bakal menjelma sebulan selepas itu.

Lantas kita perlu bijak merancang untuk memaksimakan amalan. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kita cuti selama 2 minggu. Tiada kelas2 yang mencuri masa zikir selepas solat atau waktu tilawah Quran kita. Kita perlu bijak merancang untuk baki 2 minggu selepas itu pula. Jadi secara praktikalnya bagaimana? Ana percaya antum sudah menimbang2 bagaimana mahu beramal dalam bulan ini. Ana yakin setiap seorang sudah punya sasaran dalam beribadah di bulan ini. (Namun andai belum, tak terlewat untuk meletakkan sasaran sekarang). Paling penting, sasaran itu harus disusuli dengan perlaksanaan.

Jadi, ana ingin Muhsinaat selari dalam meletakkan sasaran ini. Mari kita bersama2 meningkatkan amal dan mendekatkan diri denganNya. Sebelum kita bertemu hujung minggu ini, memadailah disini ana berikan contoh2 sasaran amal fardhi Ramadhan kita;

Tilawah: Satu juzu' sehari
Hafazan surah: 2 surah panjang, atau 3 surah pendek sebulan
Hafazan hadith: 4 hadith pendek atau 3 hadith panjang.
Zikr: 100 istighfar,100 tasbih, 100 tahmid, 100 takbir
Terawih: berjemaah setiap hari
Qiyam: setiap hari
Sedekah dan Infaq: mengikut kemampuan.

Allahummaj'alna minat tawwabeen, wa ja'alna min 'ibadikas soliheen, wa ja'alna minal mukhlisin...Allahumma ballighna Ramadhan, ameen.

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku,
ku harap ianya kan membelaku,
di akhirat nanti...

*menghidupkan

Sunday 9 September 2007

sahabat, teman..

Ku pinta padamu untuk...

Mengimbas kembali
akan suatu ketika dulu
satu ikatan di dibina
antara engkau dan aku..

Adakah engkau ingat..

saat itu.. ikatan telah disambung
bukan kerna engkau 'masuk' dengan cara aku

Tidakkah terlintas di hatimu..
simpulan itu dieratkan apabila
kita saling ingin memahami erti
menjadi mukmin yang sejati

Layarilah memori mu..

akan janji-janji kita
untuk bersama mencapai matlamat di puncak tertinggi
bersama mengejar cita,
tidak kira suka atau duka

Pernahkah kau ingat..

Tika aku dalam kedukaan
Tika duri pancaroba merejam kuat dari segala penjuru
Menghentam diriku, melemahkan semangatku
Engkau turut bersama,
mengorbankan dirimu agar turut menjadi mangsa

Saat aku mula dihanyut arus
Engkau hulurkan tanganmu
Menarik diriku keluar dari keganasan ombak yang deras
Engkau lebihkan diriku dari dirimu
Saat itu, ku tahu tali yang kita bina pada awal dulu
Semakin kukuh kerna kasih kita hanya keranaNya..

Namun,

Hari demi hari pabila masa semakin meragut usia
Ku terlupa untuk turut serta dalam hidupmu
Diriku langgar pada janjiku untuk bersamamu
Engkau duka keseorangan
Engkau kesakitan bersendirian
Mungkin engkau turut berasa diriku umpama
'harapkan pagar, pagar makan padi'
Namun, semuanya engkau simpan dalam hati
Kerna engkau berharap diriku akan sedar sendiri
Tanpa perlu diungkit sikapku yang merobek qalbimu

Dan akhirnya kini..
Bilaku tersedar akan semua ini..
Ku cuba untuk memperbaiki simpulan yang semakin terlerai
Akan tetapi, mungkin hatimu sudah tawar..
Sudah serik untuk mengeratkan kembali ikatan itu
Tapi, aku tidak akan serik untuk mengikatnya kembali..
Dan ku harap, engkau sudi memaafkan diriku
Iringan doa kan ku hulur setiap waktu agar perjuangan kita kearahNya
tidak akan berhenti hanya kerana kita sudah tidak seperti dulu lagi..

Tuesday 4 September 2007

~ mentari hidup ~

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
-haikal-

Monday 3 September 2007

Q's

Kini...

- adakah kita berasa sudah hilang semangat untuk terus di jalan da'wah ini?
- adakah kita merasakan kasih bersaudara sudah tidak sehangat dulu lagi?
- adakah kita berasa lesu untuk melawan nafsu dan tarikan duniawi?
- apakah kerja kita selama ini hanya kerana seorang teman yang istimewa pada diri?

Persoalan-persoalan buat insani..
Dianjurkan agar selalu bermuhasabah diri..
Sering kita terlupa untuk mensyukuri
betapa senangnya kita untuk memperoleh bi'ah yang solehah di sisi
sedangkan ramai di sana berkorban jiwa, masa dan tenaga yang tersisa
untuk mendapatkan jalan menuju ke arah redhaNya..

::Mode reflect diri::
Adakah keputusan kita untuk berada di jalan ini hanya kerana seseorang insan? Bila dia tiada di sisi, maka semangat pun semakin pudar dan kian menghilang?
Ataupun kita telah betul-betul yakin di jalan ini hanya untukNya?
Ingatlah, semangat yang hadir, tidak akan kekal selamanya. Yang menentukan kita untuk terus istiqamah dan thabat di jalan ini, bergantung pada permulaan langkah kita.. Andai tersilap langkah..masih belum terlambat untuk diperbetulkan.. Perbaharui ni'at setiap hari..Agar diri tidak terlupa akan hakikat hidup di dunia ini..
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors