Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Monday 10 September 2007

Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan!!


Ramadhan itu akan datang 2 hari sahaja lagi. Mohon dengan sangat supaya Allah menemukan kita dengannya, dengan bulan yang penuh rahmat dariNya. Bulan yang mana dibuka pintu2 syurga dan dihambat syaitan2 durjana. Bulan yang penuh dengan kepemurahan Al-Khaliq yang melipatgandakan amalan2 kita...dan berbagai lagi description dan panggilan buat bulan mulia itu.

Semalam, seruan untuk mengihya'kan* Ramadhan itu dilaung2kan. Terasa berkobar dan membara semangat untuk bertemunya, tak sabar2 lagi! Dalam bulan mulia itulah Allah mengurniakan pembukaan kota Mekah dan Andalus. Dalam bulan itulah Allah memenangkan Muslimin dalam menyekat kemaraan tentera Monggol di Ain Jalut. Dalam bulan itu juga berlaku peperangan besar Bala Syuhada di Perancis, bukti perluasan Khilafah Islam di Eropah.

Ganjaran pahala bagi setiap amalan di dalam Ramadhan tak ternilai berat timbangannya. Bukankah kita sudah beriman bahawa Allah itu Asy-syakur? Apatah lagi dalam bulan yang dimuliakan ini. Lantaran kerana itulah sebenarnya kita menanti2kan kedatangan Ramadahan. Bukanlah kerana lauk pauk iftar yang menyelerakan. Apatah lagi semata2 kerana Hari Raya yang bakal menjelma sebulan selepas itu.

Lantas kita perlu bijak merancang untuk memaksimakan amalan. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kita cuti selama 2 minggu. Tiada kelas2 yang mencuri masa zikir selepas solat atau waktu tilawah Quran kita. Kita perlu bijak merancang untuk baki 2 minggu selepas itu pula. Jadi secara praktikalnya bagaimana? Ana percaya antum sudah menimbang2 bagaimana mahu beramal dalam bulan ini. Ana yakin setiap seorang sudah punya sasaran dalam beribadah di bulan ini. (Namun andai belum, tak terlewat untuk meletakkan sasaran sekarang). Paling penting, sasaran itu harus disusuli dengan perlaksanaan.

Jadi, ana ingin Muhsinaat selari dalam meletakkan sasaran ini. Mari kita bersama2 meningkatkan amal dan mendekatkan diri denganNya. Sebelum kita bertemu hujung minggu ini, memadailah disini ana berikan contoh2 sasaran amal fardhi Ramadhan kita;

Tilawah: Satu juzu' sehari
Hafazan surah: 2 surah panjang, atau 3 surah pendek sebulan
Hafazan hadith: 4 hadith pendek atau 3 hadith panjang.
Zikr: 100 istighfar,100 tasbih, 100 tahmid, 100 takbir
Terawih: berjemaah setiap hari
Qiyam: setiap hari
Sedekah dan Infaq: mengikut kemampuan.

Allahummaj'alna minat tawwabeen, wa ja'alna min 'ibadikas soliheen, wa ja'alna minal mukhlisin...Allahumma ballighna Ramadhan, ameen.

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku,
ku harap ianya kan membelaku,
di akhirat nanti...

*menghidupkan

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors