Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Thursday 24 June 2010

Usah ada kekosongan dalam hidup, kerna kekosongan bisa membinasakan


"Orang yang melewati satu hari dalam hidupnya tanpa ada suatu hak yang ia tunaikan atau suatu fadhu yang ia lakukan atau kemuliaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia tanamkan atau ilmu yang ia dapatkan, maka ia telah durhaka kepada harinya dan menganaiya terhadap dirinya.
"


Yusuf al-Qardhawi
Al-Waqtu fi Hayatil Muslim

Tuesday 22 June 2010

sekadar renungan..

selama ini, kita atau mungkin lebih spesifik lagi, penulis sendiri mengenal bahawa, apabila diri bersetuju untuk terjun dalam amal islami ini, cukup lah sekadar menghadiri segala bentuk program/aktiviti harakah islamiyah seperti usrah, daurah, mukhayyam dan sebagainya..

dan mungkin, ada juga yang akan berpendapat, cukuplah sekadar menjadi orang-orang yang akan berdiri di hadapan dan berucap atau memberi peringatan(tazkirah)..

akan tetapi, setiap mereka yang selayaknya berkala mereka betul-betul sudah terjun ke dalam aktiviti dakwah ini adalah mereka yang berungkap pada satu ungkapan; yakni 'tadhiyyah'..

iya, tadhiyyah itu memang beerti pengorbanan..
akan tetapi, tadhiyyah yang sebenarnya yang perlu ada dalam diri setiap mereka yang merasakan diri bergelar daíe itu adalah perngorbanan yang perlu melebihi batas-batas pengorbanan yang lain..begitulah yang di jelaskan oleh fathi yakan**

jadi, memang bukan sesuatu yang boleh dinafikan bahawa, ia bukan suatu yang senang..
jika diimpikan hadiah yang bernilai di akhir nanti, maka, ia bukan suatu yang mudah dalam proses untuk mencapainya..

umpama si penjual besi..
besi itu tidak mempunyai sebarang makna buat dirinya saat ia hanya sepotong besi..
dan untuk itu, si dia perlu melakukan pelbagai proses yang bukan mudah.. seperti
meleburkan besi dalam suhu yang teramat tinggi.. membentuknya.. dan menyadur dengan thinner untuk memastikannya tidak karat..
dan apabila besi itu tadi telah membentuk satu produk, perlu pula ia meng-convince-kan pada orang ramai, untuk membeli produknya itu..
dan ini sudah pasti bukan suatu yang mudah..

sebegitu juga dengan carta hidup mereka yang bergelar daíe..
tidak cukup dengan sekadar menghadiri program2, kerana memang ia akan menambahkan ilmu2 kita.. tetapi, ia tidak harus berhenti setakat itu.. perlu meneruskannya dengan pemprosessan ilmu2 itu dengan amal..
dan pertemuan dengan rakan seperjuangan lain itu umpama thinner pada kisah si tukang besi itu tadi..
pertemuan itu mampu mengingatkan kembali kepada apa yang mungkin kita lupa..
dan jika 'thinner' yang dipilih itu tidak elok.. maka, besi itu akan berkarat juga..

jadi perlu dipilih 'thinner' yang baik agar hidup kita tidak berkarat pada akhirnya..

ini sememangnya adalah satu peringatan buat diri yang menulis


**Fathi Yakan
Kaifa Nad'u Ilal Islam oleh
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors