Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Thursday 8 January 2009

an insight

dalam perjalanan harian sebagai muslim, mengambil profesion sebagai apa yang digelar sebagai da'i..dan apabila telah menjerumuskan diri dalam harakah islamiyah (HI), apakah tujuan sebenar diri mengabungkan diri dengan mereka dan bukan pertubuhan lain?

satu persoalan yang dikupas panjang oleh Fathi Yakan dalam tulisannay 'Apa ertinya saya menganut islam'

contoh, semasa kaki memijak di bumi asing, kehadiran diri ke u'(qc), dan prog2 anjuran j', dilihat
sebagai aktiviti mingguan dalam jadual kehidupan di sana.. meskipun mungkin pada awalnya kita sering diingatkan untuk memperbaiki niat kita menghadirinya, mungkin juga niat kita yang diperbaiki tatkala itu, keranaNya (memang x salah). Akan tetapi, perlu diingatkan kepada diri, ketetapan yang telah kita sendiri pilih pada mulanya untuk menggabungkan diri pada (HI) bukan hanya sekadar itu saja, tetapi ia melibatkan pengabungan yang bakal membuktikan memantapkan 'aqidah, fikrah dan tanzim.

Fathi Yakan menyeru supaya mereflek diri balik, sejauh mana penggabungan yang kita lakukan itu adalah dari sudut 'aqidah..(?)
Adakah ia lahir kerana kecenderungan kepada mana2 individu ataupun kerana inginkan sesuatu di sebaliknya (refer to 4 golongan yang wujud kt dlm msykt - dalam dawatunna by Imam Hasan al Banna).
Ataupun ia lahir dari semangat dan persaan yang wujud. Dan apabila semangat itu hilang, maka seolah2 perjuangan yang dilakukan selama ini tidak membawa sebarang erti. Di sini Fathi Yakan menekankan sistem di atas dasar kefahaman itu penting bagi mengerakkan diri untuk bekerja menegakkan manhaj islam.
Dan daripada itu, ditegaskan olehnya, Pengorbanan itu adalah segala2nya. Pengorbanan dari semua aspek, kerana tahu, kepentingannya adalah untuk jama'ah dan bukan individu. Ini juga yang ditegaskan olehm Imam Syahid Hasan al-Banna mengenai dasar gerakan IM.

Memandangkan pengenalan ini hadir di saat masih bergelar sebagai pelajar. Adakah ini beerti, bila sudah masuk ke dunia kerja nanti, profesion ini akan dibiarkan berkubur saja?

Dikatakan oleh Fathi Yakan, saat sudah menggabungkan diri dengan HI, beerti tidak kira keadaan dan masa, diri sudah terikat dengan jama'ah itu. Di mana penting untuk tahu matlamat gerakan ini pun. [aka kalau awal2 sudah tahu dah lari dari ajaran rasulullah n syariat, x yah la join dari awalnya]

Firman Allah dalam al-Hajj, ayat 11
"Dan di antara manusia itu ada orang-orang yang menyembah Allah dengan berada di pinggir(tiada kayakinan) hingga jika peroleh kebjikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ditimpa suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang, rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata"

Dan sememangnya bila diri sudah bersetuju untuk mejerumuskan diri sebagai da'i, tidak akan pernah lupus dari menerima ujian dariNya. Bila dah lepas satu ujian, ujian seterusnya akan lebih mencabar lagi.. ini dikatan sendiri oleh Allah..

"Dan sesungguhnya, Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu (47:31)"

Setiap ujian itu satu siri penapisan yang dibuat oleh Allah. Sebagaimana yang telah berlaku dalam kisah thalut dan jalut.

Tapi, digariskan oleh Fathi Yakan, terdapat 2 jenis ujian to para da'i..
1st: ujian ni'mat- kekayaan, kemegahab, kuasa..dll (jarang dilihat sebagai ujian)
2nd: ujian ugutan, tekanan, dll (yg mmg jelas nmpk sebagai ujian-cth:mcm yg berlk kt mursyid2 IM)

(61:10-14)
Bila sudah diketahui akan hakikat sebenar yang akan dilalui sbgi da'i, adakah diri akan tetap pendirian menjadi pejuang menegakkan agama Allah?
____________________________________________________
tidak ditujukan kepada mana2 pihak,
ianya adalah satu gertakan buat diri ana.. alhmdllh Allah gerakan hati ni
untuk bukak balik buku tersebut, dan disini ana hanya berkongsi secara
ringkasnya, untuk lebih lanjut, di persilakan membaca buku tersebut.

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors