Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday 15 August 2008

perkongsian

semalam tazkirah subuh rumah ana berkaitan dengan tajuk orang kaya yang bersyukur (rase2nyer la)..
menarik la satu hadis ni,
sebab x ingat exactly word by word pasal hadis tu, ana just sampaikan message matan hadis tu la ek..
--start of cerita dalam hadis--
pada zaman rasulullah tu, ada sekumpulan orang miskin time tu datang juper rasululullah. Pastu diorg ni mengadu la kat rasulullah, x adil la orang kaya tu boleh buat lebih banyak pahala dari diorang sebab diorang boleh bantu anak2 yatim, bagi makan kat orang2 miskin dll. Pastu rasululllah pun tanya, mahukan diorg kalau rasulullah bagi benda lain yang boleh bawak lebih byk pahala (or setimpal) dengan amal orang2 kaya tu. orang2 miskin tu mestilah nak.
Jadi rasulullah pun cakap, setiap kali lepas solat, jangan lupa untuk bertasbih,bertahmid, takbir sebanyak 33 kali (subhanallah, allhamdulillah, allahuakbar). Jadi pulanglah kumpulan orang miskin tu balik dengan hati yang berbunga. pastu several days later, diorg datang balik kepada rasulullah dan cakap, x adil la sebab bila orang2 kaya tu lihat diorang wat ape yang rasulullah suggest kat diorg wat, orang2 kaya tu pun ikut sama. Kira ganjaran pahala orang2 kaya tu 2 kali ganda la daripada diorang.
Rasulullah pun bagi tau yang kebaikkan untuk setiap individu tu Allah yang pilih dan tentukan..

--end of cerita berkait dalam isi hadis--


menarik la kan hadis ni. dah la dalam keheningan subuh pagi, time semua orang ngantuk2 nk dengar tazkirah, tapi bila dengar hadis ni, kalau x salah ana, semua yang dengar tersenyum kan..
Kiranya, adalah lebih baik menjadi orang kaya yang bersyukur dari orang miskin yang bersabar. To make it into a bigger context, setiap kelebihan yang Allah dah kurniakan tu (kaya,pandai,sihat,kebolehan bertutur..dll), sepatutnya kita guna ke arah perkara2 yang diredhaiNya dan sentiasa bersyukur padaNya kerana diberi kesempatan untuk mempergunakan kelebihan yang ada itu untuk beramal..
dan untuk menambahkan lagi timbangan belah kanan kita, marilah kita sama2 wat apa yang rasulullah nasihatkan.. i.e. bertasbih, bertahmid, takbir padaNya setiap kali lepas solat..

=)

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors