Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Wednesday 7 March 2007

82 maut di Sumatera -- Gempa bumi turut dirasai di barat Semenanjung Malaysia, Singapura

salam muhsinaatz sumer...
sape dah baca surat khabar ari ni ? maybe ade yg x baca lagi kot (mcm saye). maka dgn ini saye nak paste satu brita kat sini utk kte update kan diri ttg ape yg berlaku kat msia.
KUALA LUMPUR 6 Mac – Dua gempa bumi kuat menggoncang Sumatera hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang dan mengakibatkan suasana panik di Singapura dan barat Semenanjung Malaysia setelah bangunan tinggi bergoyang kuat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka mengesahkan beberapa bangunan di negeri itu retak akibat gegaran tersebut. Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk digunakan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, gempa bumi pertama berlaku pada pukul 11.49 pagi dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter. Ia disusuli gempa kedua dua jam kemudian.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut melaporkan, gempa bumi itu berlaku 33 kilometer di bawah daerah Solok sekuat 6.3 pada skala Richter dan diikuti beberapa gegaran susulan.

Pusat gempa di Solok itu terletak kira-kira 65 kilometer dari barat laut Padang, Indonesia dan 372 kilometer dari barat daya Melaka.

Angka kematian di Sumatera, terutamanya di Padang dijangka meningkat.

Sementara itu wakil Utusan Malaysia di Jakarta, Sopha Sulaiman melaporkan, beratus-ratus bangunan di Padang musnah dan hospital dibanjiri puluhan mangsa yang cedera.

Gempa bumi pertama yang dirasai di ibu kota wilayah Sumatera Barat, Padang mencetuskan panik di kalangan penduduk kawasan pantai yang khuatir tsunami akan melanda. Bagaimanapun, tiada tsunami berlaku.

Penduduk bertambah cemas apabila gempa bumi kedua melanda kawasan sama dua jam kemudian.

Jurucakap kerajaan tempatan Padang, Hasrul Piliang berkata, angka kematian dijangka bertambah kerana laporan dari kawasan terpencil masih diterima dan ada mangsa yang dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan.

Tahap kemusnahan sebenar belum diketahui kerana komunikasi sudah terputus dengan sebahagian besar kawasan berdekatan pusat gempa itu, kata pegawai.

Sementara itu di MELAKA, beribu-ribu penduduk negeri ini, terutamanya mereka yang berada di bangunan tinggi, panik dan turun menyelamatkan diri.

Antara kawasan terlibat ialah sekitar Bukit Baru, Universiti Multimedia di Bukit Beruang, Melaka Raya di Banda Hilir serta Ayer Keroh.

Kawasan di sekitar Klebang dan Bukit Katil dikatakan turut merasai gegaran tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Mohd. Din Rajad berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keretakan kecil di beberapa bangunan tinggi yang mengalami gegaran berkenaan.

‘‘Bagaimanapun orang ramai dinasihat tidak bimbang kerana ia hanya di lapisan luar dan tidak melibatkan struktur asas bangunan berkenaan.

‘‘Jurutera, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan berkenaan juga mendapati ia selamat untuk digunakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Di JOHOR BAHRU, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut merasai gegaran yang berlaku sebanyak dua kali di bandar raya ini.

Semasa kejadian, beliau berada di pejabatnya di Bukit Timbalan.

‘‘Saya dapat merasakannya... mula-mula rasa terhoyong-hayang dan kemudian saya perhatikan lampu dinding bergesel dengan dinding.

‘‘Kemudian saya terus turun meninggalkan pejabat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada kerajaan Johor di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun negara tidak mengalami gempa bumi tetapi gerakan lapisan kerak bumi menyebabkan beberapa bahagian di negara ini turut merasai gegaran.

Selain Menteri Besar, para pegawai kerajaan dan wartawan dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman turut merasai gegaran tersebut.

Media Singapura melaporkan, negara itu menerima gegaran sekuat 6.6 pada skala Richter manakala, Johor Bahru 5.0 pada skala Richter.

Indonesia, yang terletak di atas gugusan 17,000 pulau, berada dalam apa yang dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik, di mana plat benua bertemu. Ia sering mengakibatkan gempa bumi biasa dan kuat sehingga mengorbankan banyak nyawa manusia.

Negara itu dilanda malapetaka paling teruk pada Disember 2004 apabila gempa bumi yang disusuli tsunami membunuh 168,000 penduduk di Aceh.
hmmmmm.....

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors