rembulan kini berlalu pergi
meninggalkan cebisan kedinginan malam yang sepi
fajr kini menyinsing kembali
menerangi alam, menyedarkan setiap ciptaan Ilahi
alangkah indahnya alam buana
teratur, indahnya putaran semesta
mematuhiNya tidak pernah leka
bertasbih memujiNya setiap masa
langit luas menaungi bumi menjadi saksi
walau tidak dipinta, tidak mengerti
hakikat yang terjadi perlu juga dipelopori
mengapa insani tidak akur pada Yang Maha Tinggi
biarpun bergelar insan insani
tidak jauh beza sesama sendiri
akan tetapi, penindasan masih tetap terjadi
apakah mungkin ianya akan berhenti?
bilakan tiba titik noktah padanya?
namun terpaksa ikut pada kitaran ini
jikalau dulu rahmatNya menghujani para insani
petunjuk mula diberi, dicurahkan tanpa henti
cahaya sinar memancar, membangkitkan kesedaran dalam diri
titik permulaan yang menerangi segala tujuan diri
andai rasulullah tidak tekad, pasti sahaja akan berhenti
dirinya dipaksa tahan akan tusukan dari kanan dan kiri
apakah kita yang hanya sekadar sentuhan di sisi
mula berpaling dari jalan yang hakiki ini
sandarkanlah diri pada Ilahi
agar tidak tewas dengan pujukan musuh yang mengugat diri
teruskan langkah menerusi denai-denai yang berduri
kerna yang menunggu di sana, jauh lebih berharga buat diri

perjuangan di ruangan yang hanya seketika
medan bakti buat semua yang inginkannya
jadilah seperti ombak di lautan nusantara
menghempas pantai biarpun banyak halangannya
andai bahang mentari melemahkan sendi
ingatlah, ianya pengorbanan ibarat titisan hujan pagi
menyuburkan alam yang di naungi
kelak hasil yang disemai dibalas tanpa ragu lagi

No comments:
Post a Comment