Tirai sudah mula dilabuhkan, membenarkan malam pulang kembali
Hari demi hari, tidak pernah ia cuba untuk menjauhkan diri
Kerana Ilahi masih belum memberi kata putus agar ia behenti
Alangkah taatnya ia pada Yang Maha Kuasa, Maha Terpuji
Di siang hari hamba-hambaNya sibuk menguruskan hal di muka bumi
Mengerjakan ni'mat anugerah dari Yang Maha Memberi
Malangnya, jarang sekali mereka mengingati
TanpaNya, tiadalah segala yang ada di sisi
Lantas, pabila siang berlangsung pergi,
menghadirkan malam di kegelapan yang suci
Bertasbihlah, sujudlah pada Pencipta Yang Agung, Maha Suci
Aliran air yang membasahi pipi,
menghapuskan dosa yang terkumpul sepanjang hari
dengan hanya keikhlasan penyesalan diri disertai
Bagi membenarkan pengurusan malam yang beerti
Kerjakan urusan yang hak sahaja dipermulaan ini
rehatkan tubuh dengan hanya sepertiga malam yang tersisa kini
dan usah dilupai untuk bangkit kembali mensucikan diri memuji Ilahi
hanya setitis peringatan buat diri
yang sering kali terlupa akan hakikat hidup di alam fana ini
bersama kita ingat mengingatkan sesama sendiri
kerana syurga milikNya menjadi impian setiap insani

No comments:
Post a Comment