Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Saturday 29 March 2008

adakah terasa diri diabaikan? =)

Dulu, kita seiring bersama
Melangkah kaki menghayun tenaga
Bersatu dalam mengukuhkan tembok yang jitu
Agar tidak tergoyah dek pukulan yang padu

Kini, kita masih sehala
Inginkan ni'mat JannahNya tidak terhingga
Biarpun pertemuan kita tidak lagi sekerap dulu
Namun, jalinan yang dibina masih diikat tidak kira waktu (insyaAllah)

Bukannya ingin berjauhan denganmu
Apatah lagi bermusuh tanpa hala tuju
Namun, masa sudah mula menebas diri
Ibarat pedang di medan tidak kenal erti henti

Perlu kita bersama teruskkan perjalanan yang hakiki
Biarpun di jiwa terasa seperti bersendiri
Ketahuilah, ia hanya mainan dalam hati
Kerna janji yang dipatri dahulu tidak kan sesekali dikhianati

Andaikan dirasa ombak menghempas diri
Usahlah berdiam menghanyut pergi
Laungkan panggilanmu pada saudaramu ini
Kan cuba untuk berpaut agar terus teguh bersama berdiri

Semalam sudah berlalu menjadi sejarah
Kan hari ini perlu dimuhasabah
Kerna esok masih belum pasti dimiliki
Hadapkanlah wajah kepada ilahi,
Pohon agar sentiasa diredhai
Semoga kita kan bertemu, bertaut kembali
Di jannah yang kekal abadi

______________________________________

Family means nobody get left behind (^_^)
Though muhsinaat dah dibubarkan, we are still family as one (wlpn koleksi adik beradik, bapak n mak bertambah)
Thus, don't worry.. we'll always be hand in hand, insyaAllah
Just remind us, who'll never be able to run from being forgetful [me especially =)]

1 comment:

-peMusaFir- said...

melankoli~~...

anak-anak..kebersamaan bukan sekadar fizikal tetapi di hati..
kebersamaan bukan sekadar berapa banyak masa yang diluangkan, tetapi juga ingatan yang ikhlas pada sahabat kita..
malah...yang lebih utama, apabila kita sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita...
sepatutnya juga...kita berasa gembira dengan kesibukan sahabat kita...kerana kita tahu dia mempunyai banyak kerja untuk dilakukan demi akhiratnya..
dan sepatutnya kita merasa pelik jika dia sentiasa berasa senang lenang kerana hakikat seorang da'ie tidak sepatutnya begitu..

walaupun telah lama tak bersua muka, kita yakin hati-hati kita sentiasa jalan seiringan...selagi mana Dia memegang hati-hati kita..

allahu 'alam

p/s sometimes, one line sms is more meaningful than hours of time spent together...its the thought that counts..=)

an entry deleted?? =p

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors