Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Thursday 20 March 2008

Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati LillahiRabbil 'alamin...

Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati LillahiRabbil 'alamin...

seringkali ku baca dalam solat ku....
namun jarang sekali aku duduk...
dan merenung sejenak...
Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....

walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....

Ya Allah...
ku cuba sedaya nya...
bantu ku dalam mujahadah ku...
Ya Allah...
terimalah...walau masih banyak lagi cacatnya...
terimalah ya Allah....
kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini...
semuanya hanya untuk Mu...

4 comments:

Unknown said...

lelaki yang berjihad ganjaranya bidadari2 yang baik bbudi pekerti di syurga...:P

cadsifu said...

Salam,

Moga tuan/puan diRahmatiNya dan diBekartiNya, Insyaallah.
Saya ada membaca beberapa artikel dalam website ini, dan amat menarik perhatian saya untuk mendapatkan maklumat tuan/puan dengan lebih terperinci, Insyaallah.

hafnizam@cadlinkasia.com.my

h_v said...

slm wrbt..
jzklh kerana sudi membaca di blog kami..
> blog ini dibuka pada tahun 2007 atas persetujuan bersama ketika kami masih bergelar mahasiswi-mahasiswi, dengan satu dedikasi untuk bersama mengingatkan sesama sendiri apa yang telah dipelajari secara bersama2 dan berkongsi apa yang kami dapat dari itu kerna setiap orang itu akan dapat abstrak dari sesuatu yang sama itu berbeza..
> juga dikongsikan di sini peringatan yang kami dapat secara berasingan dengan harapan setiap dari kami akan dapat ambil pengajaran daripadanya
> selain itu, turut dikongsikan tulisan bertetra sastera, tidak kira dari segi cerita, sajak, pantun sehingga kepada sepotong ayat motivasi..

oleh itu, biarpun orang luar mampu melawat dan membaca blog ini, kami tidak menaruh harapan agar orang luar memahami apa yang kami tulis kerana yang dikongsikan di sini adalah dari pemahaman kami bersama..

namun demikian, sebarang perkongsian dari luar seperti ingin turut menyampaikan pendapat tentang sesuatu yang dibincangkan, juga pertanyaan untuk kepastian, memang dialu2kan..

kini, sudah 4 tahun blog ini dibuka, dan perkongsian di sini semakin pudar kerana semua sudah masuk alam pekerjaan, wlbgmnpn, kami akan terus memasukkan peringatan dan perkongsian dari semasa ke semasa, insyaAllah..

NDX AKA Familia said...

Ijin mbak, mau saya edit dan di print buat belajar anak di rumah, terimakasih :)

RajaSwara
Minilagu
CLAMBAND

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors