Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday 24 August 2007

RB 1

Rukun Bai'ah 1: ikhlas

Sebagai muslim, wajar untuk kita mengharapkan keredhaan Allah dan RahmatNya, dan dalam setiap jua amalan kita, perlulah dilakukan siringan dengan niat hanya untukNya dan tidak dicampuri sedikit pun dengan tujuan dunia. Ini barulah dinamakan sebagai ikhlas.

Memandangkan post tajuk ni pernah dibuat awal tahun dulu (january), jadi, just nak recap tentang niat yang ikhlas ini.

Tanda-tanda ikhlas
1. Takutkan kemasyuran

'Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka, lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?'

'Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenali di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.'

2. Sentiasa menganggap dirinya cuai kepada Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, lalai kerana tidak berjaya mengawal hati

'hati-hati yang takut adalah orang-orang yang berpuasa, solat dan sedekah. Akan tetapi mereka itu takut amalan-amalan yang dibuat tidak diterima. Mengharapkan keredhaan Allah semata dan takut akan kemurkaanNya'

3. Lebih suka lakukan amalan kebaikan secara tersembunyi

Ibarat tunjang / akar pokok.
Jikalau pernah kita diingatkan oleh imam as-syahid Hassan al-Banna,

"Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya".

Sekarang kita diberi analogi untuk menjadi ibarat akar pokok pula. Benarlah indah penciptaan pokok-pokok itu olehNya.
Walaupun tersembunyi di dalam bumi, di bawah tanah, tiada siapa yang melihatnya, akan tetapi, tanpa ia, tidak kan tertegaklah pokok. Tiada sumber 'rezeki/nutrient yang boleh diambil tanpa akar, tiada asas yang akan meneguhkan pokok untuk berdiri tegak apabila hujan, dan angin melanggarnya.
Jadi, tunjang pokok itu merupakan anggota yang sangat penting untuk pokok itu terus hidup.
Begitu jugalah tanda mereka yang ikhlas dalam amalan. Peranan mereka, amalan mereka amat penting, tetapi tiada siapa pun ketahui akan amalan yang dilakukannya.
Sesunguhnya, hati-hati mereka ini adalah seperti lampu petunjuk, yang keluar dari debu-debu yang gelap.

4. Tidak kisah untuk bekerja sebagai pemimpin atau pekerja.
Flexible saja.

Hati mereka tidak dikuasai oleh perasaan ingin ke depan, memegang segala macam jawatan yang ada. i.e. tidak gipang. Tidak bercita-cita untuk memegang jawatan, tetapi apabila diberikan mereka lakukan yang terbaik dengan bantuan Allah. Ini kerana mereka takut untuk jadi ketua di mana, segala yang dilakukan dalam tempoh masa kepimpinannya akan disoal oleh Allah.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya kemurkaan Allah.

Seperti yang diperdengarkan semasa kuliah selasa tempoh hari,‘Uqbah bin Abi Mu‘ait memperdagaikan ni'mat islam semata-mata ingin mendapatkan keredhaan sahabat baiknya.

6. Hendaklah cinta & benci, memberi & menahan, redha & marah, semua kerana Allah dan agamaNya

7. Tidak bersifat malas atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh.

8. Gembira dengan kemunculan orang yang mempunyai kelayakkan yang lebih baik dari kita.
Tidak terdetik di hati akan persoalan kerana jawatan atau tugas yang diamanahkan kepada kita diserahkan kepada orang yang lain apabila orang yang mengambil alih tugas itu lebih berkelayakan.

Ketahuilah, da'wah ini tidak akan berjaya dipikul oleh orang-orang yang ada kepentingan peribadi.

Niat yang bercampur baur merosakkan amalan, mencemarkan jiwa, melemahkan saf, dan menghilangkan pahala.

2 comments:

iLoveGreen said...

demi Allah,sy syg antunna semua..=)
smlm sgt best..alhamdulillah,Allah yg bukakan pintu2 hati kita.nway,jzk fr tthe post.sungguh efficient b-).satu lg,nk betulkan sket.contoh yg kt point no. 5 tu,namenye Utbah bkn Ubbah.hehe

-hammy- said...

hihi, jazakillah ye ilg..
pekak skit den time dengar kuliah mlm tu
=D

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors