Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday 10 August 2007

open loop vs closed loop



Bagi yang tidak pernah mendengar akan control system, pasti akan merasa sukar untuk memahami post ini. Tapi tidak mengapa sebab post ni dituju untuk diri sendiri yang kepenatan membuat assignment subj ni. Dan alhamdulillah, tidak sia-sia membuatnya, sebab ada perkara yang boleh dipelajari di sebalik diagram tersebut.

Dalam untuk kita memastikan sesuatu keadaan berada dalam keadaan terkawal, kita perlu ada control ke atas keadaan tersebut.
Contoh:
Sekiranya kita meng'oscillate'kan pendulum dengan keadaan bebas, yakni tiada force external padanya, kecuali iniatial work done untuk meangkat bola pendulum pada suatu sudut dari steady state nya, maka period atau jangka masa pendulum itu untuk membuat nth oscillation akan sama, tidak bergantung kepada inital condition.
Tetapi, sekiranya kita menggerakkan pendulum tersebut dengan tangan, makan period untuk membuat nth oscillation akan berubah mengikut kehendak penggeraknya..

Merujuk kepada Proportional Control tersebut, open loop adalah apabila tiada feedback yang akan dipulangkan selepas sesuatu itu dilakukan. Sebenarnya, idea ini diperoleh dengan merujuk kepada ciptaan Allah terhadap mahkluknya, especially manusia, kita la tu..

Apabila impulse atau arahan diberikan kepada otak, maka, otak akan memprosesnya, dan menentukan kepentingan (gain) arahan tersebut dan melaksanakannya. Berikutan itu, segala tindak balas arahan itu boleh dilihat melalui perlakuan atau kata-kata..(output to workspace)

Dalam open loop system, selepas perlaksanaan sesuatu arahan kepada perbuatan, tiada evaluation akan dibuat mengenai sejauh mana perlakuan menepati arahan etc..

Bayangkan sekiranya system dalam manusia, yakni kita, behave macam open loop system.
Katakan, tangan kita terkena percikan api selepas masak. Kepanasan yang dirasakn akan menghantar impulse yang laju ke otak untuk mentafsirkannya. Kemudian, otak akan mengatakan bahaya, lalu mengamplifykan impulse output ke otot-otot dan deria kita. Lantas, tangan kita akan menarik dari terkena api. Semua ini berlaku less than 1sec..amazing isnt it? Subhanallah..

Tetapi, kalau dalam open loops system, kita otak x kan tau samada effective ke tidak arahannya kepada otot. Maka, lain kali, kita tidak akan rasa takut untuk pegang api, sebab otak x simpan info yang api itu panas dan merbahaya..

Sebaliknya, Allah telah kurniakan system close loop dalam tubuh manusia. Segala info-info yang telah terjadi akan disimpan dengan kemas. Otak sekarang sudah tahu, api itu panas, lantas apabila mata terlihat api, otak akan segera menghantar impulse tindakan supaya hindari dari mendekati api..Menakjubkan ..

Begitulah dalam hidup di zaman teknologi. Sekarang, banyak jurusan menggunakan close-loop system dalam rekaan mereka. Kerana didapati kerbersanan yang lebih tinggi berbanding dengan open loop system..

Luaskan skop close loop ni. Kita, sebagai muslim. Patut mentafsir segala tindakan yang bakal kita lakukan. Letakkan priority tugasan kita. Kemudian, lihat pada output kita. Adakah sejajar dengan usaha kita?
Apa yang perlu diperbaiki dan dikekalkan?
Adakah ia bertepatan dengan syariat..dll.

Sentiasalah hantar feedback kepada diri sendiri tentang apa yang telah diperlakukan pada hari ini..i.e. Muhasabah Diri =)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan usaha supaya esok lebih baik dari hari ini

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors