Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday 3 August 2007

kerajaan milik iLahi

Menghirup udara segar di suatu senja
Menerokai keajaiban alam yang tiada hujung malapnya
Dari setiap sudut pandangan kedua belah mata
Terlerai sudah kekusutan di jiwa
dek terpukau dengan penciptaan Yang Maha Berkuasa

Benarlah seluruh kerajaan milik Yang Esa
Tiada yang berhak keatasnya kecuali Dia
Al-Qudus Ya Allah, hanya layak pada Yang Maha Kaya

Pernahkah terlintas di benakmu, tujuan hidup dan mati?
Menguji isi hati, rohani insan-insan di cakerawala ini
Amalan yang haq dan batil di hitung
Tiada yang terlepas dari nilaian mahupun tergantung

Ketahuilah Al-Ghofur, Al-Fattah sedia mengampuni
Andai diri meminta tanpa rasa jemu pada setiap waktu
Iringilah pengakuan ikhlas kesalahan diri
Gandingan beristiqamah pada perubahan kata dan laku,

Lapisan langit luas di dongakkan hamparan
Kesempurnaan binaan, kukuh tanpa sebarang raguan
Meskipun dicuba dicari kecacatan yang dirasakan
Namun, tiada sezarah pun yang boleh dijadikan pulangan
Letih dan penat saja yang mengiringi keadaan

Datangnya malam, si matahari pun beredar pergi
Rembulan di langit bersinar, bintang-bintang turut menghiasi
Pada pengakhiran, kan ia tetap menurut perintah Ilahi
Waspadalah, andai diri enggan menuruti perintahNya
Dek dibalingi bintang yang bakar menyala sebagai azab siksaan di neraka

Sudah terlambat pada tika itu
Untuk mengakui kesilapan yang berlaku
Kerana berdusta pada peringatan yang diberi ketika hidup di dunia
Hadapilah kerasan azab api yang bakar menyala
Pintalah ampunanNya sekarang ini
Tidak menunggu bila bumi digulung, semua dibangkitkan kembali

Terokailah setiap pelosok dunia
RezekiNya ada di mana-mana sahaja
Cuma perlu beringat mengapa semua dicipta
bukan sekadar mainan, tetapi buat peringatan pada hamba-hambaNya

Sang burung terbang, bertasbih tika ia mengembangkan sayapnya
Sang sungai mengalir, mengikut rentak perintah Tuhannya
Alangkah damainya suasana alam semesta
Namun, suatu berita besar kan melenyapkan seluruh dunia
Tiada yang ketahui saat bila ia akan terjadi
Semuanya dirahsiakan Ilahi agar insan-insan tidak leka pada duniawi

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors