Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Wednesday 30 May 2007

fal yaqul khairan au li yasmut (bercakap yg baik atau diam)

Hmm…hadith tu sgt dalam maknanya. It applies to many situations. Kekadang mula2 mmg kita bercakap yg baik2 tp bila dah tgh seronok bersembang, syaitan mula mencucuk kita. Kemudian kita mungkin sembang benda2 yang merapu. lepas tu lama2 tanpa kita sedar kita dah terumpat orang. Tambah teruk lg, mungkin tanpa kita sedar kita dah sakiti hati kawan kita.

Maaf kan aku sahabat andai tanpa sedar aku juga pernah menyakiti kalian. maafkan aku juga kerana aku sendiri mungkin tak mampu nak kawal perbualan kita. masa kita tgh seronok bersembang mmg xperasan pun syaitan telah menguasai perbualan kita.Mungkin tanpa aku atau kita sedar ada juga sahabat kita yang terasa hati. MAAFKAN AKU SAHABAT…

Harapan ku moga lain kali kita berhati2 dalam berkata-kata ye . Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami ya Allah.


~ minta maaf ye semua..moga Allah permudahkan segala urusan ~

p/s buat diri sendiri (yg slalu lupa ni) :
- bersabarlah wahai hati. Mana sikap lapang dadamu?? Belajar bukan sekadar utk tahu tp utk amalkan. “berlapang dada lah wahai diriku”
- berhati2 lah dlm berkata2 krn tanpa kau sedar perkataan mu mungkin menyakiti hati sahabatmu.
- Maafkanlah sahabat mu dan doakan kebaikan buatnya. Ingat semula jasa2nya pada mu. sesungguhnya dia telah Allah jadikan sbg penolong mu .

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain”
[At-taubah:71]


3 comments:

myself said...

kte tutup akaun everyday ye cik -n-... 0-0 insyaAllah :D

- N - said...

=)
tringat tazkirah cik myself bg masa after subuh hari tu. nape kita susah nk bgn mlm or subuh.sbb dosa2 kita di siang hari yg membuatkn kita rasa berat nk bgn. jzkk utk peringatan tu =).
tba2 teringat sorg ustaz ni pernah ckp.sepatutnya kita jadikn amalan utk solat sunat taubat+hajat+istikharah b4 tdo.n b4 tdo tu muhasabah diri+maafkan lah segala kesalahan org pada kita.iAllah kita tdo dgn hati yg tenang+aman+bersih.iAllah juga dgn izin Allah, kita rasa senang utk bgn mlm or subuh.

- N - said...

so everyday b4 tdo kita tutup account ye...iAllah..=)
[hmm..kan best kalo company ttp account hri2,xdela pening n serabut nk wat account utk satu thn...huhu..]

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors