Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Tuesday 10 February 2009

to share a bit..

bismillahi rahmanirahim..

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kasihNya,
kita hidup dalam yang masih lagi sejahtera..

Mengapa ana berkata demikian?

Pada hari ini, selepas berkenalan sebentar dengan seorang makcik, biarpun dia bukan dalam tarbiyyah, namun perkongsian yang diceritakannya banyak memberi input dan insight pada hati ini.. dan di sini ana ingin berkonsgi sebahagian darinya..

Jikalau kita melihat berita dalam web atau akhbar (oz atau msia), pasti ramai yang tau bahawa summer di oz sekarang ni mencatat rekod yang tinggi.

Banyak kawasan-kawasan terbakar, especially di kawasan suburb.

Dan di sini kita bersyukur kerana kejadian seperti ini tidak kita alami secara directly.

Akan tetapi, jika kita ambil skop ini dengan lebih mendalam, sepatutnya, selain dari rasa bersyukur Allah selamatkan kita dari bencana sebegitu rupa, sepatutnya timbul dalam diri,
jikalau kita tidak mampu untuk bersabar dengan bencana yang melanda, bagaimana agaknya rakyat palestine, atau lebih dekat lagi, rakyat di Gaza menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar.

Dengan kebakaran yang melanda, mangsa yang terlibat most probably akan kehilangan harta benda. Dan ada kalanya ahli keluarga.

Akan tetapi, kalau dibandingkan dengan rakyat palestine, rakyat gaza, mereka bukan sahaja kehilangan harta, akan tetapi segala-galanya. Kerana yakin mereka pada Allah pada janji syurga itu, mereka tabah dan sabar menghadapinya. Tiada rintihan, rungutan didengari. Sebaliknya, semangat laungan untuk terus berjuang menegakkan kebenaran al-haq di bumi Allah ini.

Ingatlah pada kalam Allah yang di mana Allah menjelaskan bahawa limpahan harta dan anak-anak yang dikurniakanNya itu hanyalah ujian buat kita. Adakah kita akan meruntun hiba tatkala hilang kekayaan dunia?
Kekayaan dunia ini hanyalah fana. Kekayaan akhirat itulah yang sebenar-benarnya.

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar (64:15)

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (64:11)

Satu refleksi buat diri..
sejauh mana diri ini bersabar bila hilang sesuatu..
contoh, handphone ker, keter ker..
kerana kalau ini pun kita tidak mampu untuk bersabar, bagaimana untuk kita hadapi cabaran yang lebih mencabar lagi?

Kerana jalan ini jalan mawar.. tampak indah, namun ianya penuh duri di sepanjangnya..
andai diri leka, akan mudah digoyah oleh luka yang dicalar duri itu..
andai tabah, calar-calar yang menghiasi perjalanan hidup ini, menjadikan diri lebih kebal pada tonakan yang lebih besar dan berbisa..

allahuálam bitthawab..
semoga kita tetap thabat sehingga ke akhirnya..
-ameen-

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors