Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Saturday 27 January 2007

1 minit,
2 minit,
3 minit....

setiap kali jarum pjg itu mara ke hadapan, setiap kali itu juga penulis terasa kehilangan yg besar..
MASA...
barangkali ramai yang tidak merasai..tapi ia sebenarnya antara barang yang paling berharga..
setiap detik yg berlalu tidak mungkin akan dipulangkan kembali
Perumpamaan:
andai kita terlepas bas pagi tadi, mana mungkin bas tu akan berundur balik supaya kita dapat naik . bas tersebut juga ada jadual yang perlu dipatuhi(lagipun nanti eksiden pulak dengan kenderaan lain)

begitu juga dengan kita. hidup ni perlu menjaga masa kita dengan baik..
huhu~ apabila berjanji dengan seseorg pada jam ini dan ini, kita jumpa di sini dan sini..
jarang sekali penulis akan tiba pada waktunya..aduiy..maaf kepada yang menjadi mangsa kelewatan saya.

Selalunya, manusia ini, akan menghargai, mengingati masa, apabila dia sibuk. Bagi student macam kita ni, apabila tiba minggu peperiksaan, baru terasa "masa itu emas"(bak kata pepatah melayu).. Pada ketika itulah, setiap saat tu akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan study.. Makan buku, minum buku, jalan buku, pergi program buku, riadah buku..tapi mandi x la sampai bawak buku, habis basah lenjun nanti.. kesimpulanya.. hari-hari penulis penuh dengan buku sahaja..(nerd 8- )
Penulis menujukan kepada diri sendiri dan bukan orang lain ye. Dulu, semasa exam tu jauh lagi, sebagaimana jauhnya planet bunchit dengan planet kiddy, penulis pergi berseronok. Mengulangkaji pelajaran malas, untuk melakukan ibadah2 sunat liat.. sebaliknya, pergi bersiar2 kat taman2 la kononya.. melayari laman web 'kawanster', membaca surat2 yang diterima melalui talian2 satelit yang menghubungkan dunia (aka email), mengemukkan diri di rumah...etc..
Untuk memikirkan hal, perasaan, masalah orang lain jauh sama sekali. Apa yang sedang berlaku kepada kawan2, jarang di ambil perhatian. Yang penting, asalkan aku bahagia sudah cukup! Alangkah zalim(??) diri ini..

(??)-tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..sesuai ke nk guna term ini di sini?

Hoho~sudah banyak mengarut pula penulis. Maaf.. Masa anda telah dicurik. Penulis akan cuba menamatkan postnya secepat mungkin.
Allah juga meninggikan orang yang menghargai masa dia. Ini boleh diperhatikan dalam salah satu surah lazim yang insyaAllah sudah dihadal oleh semua semasa muda2 dulu (tua kah kita sekarang ^0^)..

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu benar-benar
di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman,
mengerjakan amal saleh, saling nasihat menasihati
kepada kebenaran dan saling nasihat menasihati
kepada kesabaran" (al-Ashr 103)

Jikalau kita perhatikan kalimah Allah ini, Allah sesungguhnya telah bersumpah dengan masa. Ini bermaksud, masa itu sangat penting dan berharga. Garis pemisah diantara golongan yang beruntung dan golongan yang rugi telah jelas ditunjukkan. Orang-orang yang beruntung hanyalah orang-orang yang pandai menggunakan masanya, yakni dengan memenuhi masanya dengan melakukan aktiviti2 yang mendekatkan dirinya dan orang lain kepada Allah.
Adakah kita tidak mahu menjadi orang-orang yang beruntung itu?
Tanya lah hati anda, iman anda.

salaam... ^_^ ::peace::

1 comment:

Anonymous said...

maaf kepada smua sbb td sndri yg x tepati masa untuk ke usul..
huhu~

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors