Alhamdulillah..
pada hari ini, kita masih dalam ni'mat islam dan iman..
Namun..sekarang sudah masuk musim 'wabak' di mana, ramai yang sakit..
Ada saja antara kawan-kawan kita yang sedang sakit, tidak kira samada severe atau tidak, tapi kesimpulannya sakit la..
Pernah tak kita persoalkan 'kenapa saya sakit?' ?
Ataupun, pernah tak kita sakit senyap-senyap jer, kalu orang tanya pun x nak ngaku.. hanya berdiam diri (sbb x baik tipu)
Kalau kita tengok pada zaman rasulullah (saw) dulu..
Baginda juga pernah sakit.
Dan apabila ditanya oleh para sahabat, baginda mengaku sedang pening atau demam dll. Tidak pula di sembunyikan..
Akan tetapi, rasulullah (saw) x pernah persoalkan, kenapa di saat itu, baginda sakit.. Ada beberapa hadis mengenai situasi ini, tapi x ingat..
Jadi jelas kat sini, memang kita boleh cakap kat sahabat baik kita, kita sedang sakit, tapi, jangan kita mengeluh dengan kesakitan itu. Ini kerana, apabila kita mengeluh, kita seolah-olah tidak meredhai ketentuan Allah terhadap kita.
Ada hikmah di sebalik sakit kita di saat itu. Mungkin kita semakin lama semakin melupakanNya dalam kehidupan seharian kita, ataupun mungkin kita telah bekerja keras untukNya, dan dianugerahkan sakit itu kepada kita menyuruh kita berehat seketika. Tiada siapa yang tahu akan mengapa pada kala itu kita yang sakit, dan bukan mereka yang bersama dengan kita, kecuali yang memberikannya, yakni Ya Rahman..
Tapi, jangan pula diberi alasan, kerana sakit itu hadiah khas untuk kita dariNya, kita x nak berusaha mengubati penyakit kita, dan tidak menjaga diri. Itu mencari nahas namanya..
Ingat kat salah satu wajibat sebagai muslim,
3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
Jesteru itu, perlu kita menjadi muslim yang kuat dan beriman..Nak quote from web sukan kita..
"The strong believer is better & more beloved to Allah than the weak believer. And in each of them there is good" [Ahmad]
Mari kita sama2 jadi the strong believer .
"Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar (33:29)".
Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi
Tuesday, 28 August 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).
No comments:
Post a Comment