Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Saturday, 4 August 2007

Langkah Pertama-(bersama Umm_Hurairah)

Pepatah yang best-best

Barangsiapa yang tulus dalam niatnya, maka hasilnya akan mulus.
Dan barangsiapa yang keruh niatnya, maka hasilnya akan keruh.

Bahawa keliru besar bila kamu membuat kehidupan sekelilingmu teratur tetapi biarkan hatimu kacau.

Peliharalah cita-citamu kerana sesungguhnya ia mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang baik dan jujur pada cita-citanya, maka pekerjaannya akan baik hasilnya.

Hati seumpama burung-burung yang terbang. Semakin tinggi ia terbang, semakin terhindar lah ia dari bencana.Semakin rendah ia terbang, semakin dekatla bencana kepadanya.
Jadi berlajarlah untuk tinggikan cita-cita dan tidak suka kepada kerendahan..
Supaya terbebas dari hal-hal yang rendah aka yang remeh-temeh.

Conclusion:
Langkah pertama adalah langkah yang berisiko tinggi. Kerana ia suatu permulaan. Tidak pernah dilakukan. Maka tidak tahu the reality of the outcome. Kita tak tahu mana yang betul dan mana yang salah sebab kita baru bermula, maka segala-galanya adalah percubaan. Thus, ia berisiko tinggi. Tetapi tidak mengapa kerana kesilapan adalah part of our tarbiyyah. Kita belajar dari kesilapan.

3 comments:

iLoveGreen said...

emm..dh ade org share.so tak rugi dh la dok?b-).jzk

-hammy- said...

hehe..
btul2
klu bacer buku pelembut hati tu memang lagi x rugi..
sebab direct quotation from ctu..
1st time mendengar smbl type..
hihi~ maaf ye Umm_Hurairah..
mcm nk x nk pay attention jer..

- N - said...

jazakillah for sharing...=)
btul..menarik kalo baca buku tu..
bru baca sket je hri tu, xsmpt nk abihkan...huhuhu..

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors