MARUAH DIRI (kesinambungan akhlak mulia)
Andainya diberi kan 2 pilihan..
Antara emas dan permata...
Mana satukah yang akan diambil sebagai simpanan
Dan bagaimana pula dengan yang tidak memikat jiwa ?
Apakah nilai harta itu lebih utama dari nilai maruah diri dan agama?
Mengapa perlu runsing dalam urusan dunia yang tiada faedahnya
Isu kecil dikembangkan, dibesarkan tanpa mengira masa yang dibaziri
Isu yang asalnya luas tidak disedari kerana ia terlalu luas, meliputi dongakan angkasa bumi
Wahai diri,
Mengapa perlu engkau tangisi
Jikalau sekadar kehilangan dunia ini
Tangislah akan kehilangan di penghujung yang kekal abadi
Tidak perlu hatimu dirobekkan dengan perasaan kecewa dengan hati-hati yang lain..
Anggaplah ia satu pendidikan dan mengajar erti pengorbanan
Tatkala darahmu yang panas mengalir deras menjelajahi setiap lorong yang dimiliki
Ingatlah Dia, kelakkan memberi kedinginan pada hati minda dan ruhi
Waspada pada sifat-sifat yang lahir dalam hati
Takbur, dengki, malas dan segala sifat yang kan merugikan nurani
Tidak selalu disedari kan kehadiran mereka ini
Kerna pengaruh durjana sentiasa mengiringi insan-insan di mana saja mereka pergi
Luaskan pandangan mu sehingga ke lautan samudera
Damainya dirasa biarpun hadir mulanya dalam gundah gulana
Dunia yang dihulurkan, jika disambut erat, sukar untuk lari daripadanya
Kerna kelak diri akan sentiasa kehausan bagaikan terasa tiada lagi harapan tanpanya
Ni'mat merasa amatlah istimewa
Pelbagai juadah dapat dirasa
Namun, sering engkau menyalahgunakkannya
Dalam tubuhmu dipenuhkan, memberi benih percambahan kepada segala wabak membantutkan segala perilaku fizikal dan jiwa
Sematkanlah dengan kemas pakaian pada dirimu
Usahlah dilebihkan untuk mendapat pandangan tumpu
Berikanlah bantuan kepada insan di sekitarmu
Usahlah dibiarkan pinta mereka untuk dibantu
Wahai diri,
Masih banyak lagi yang belum engkau mengerti
Luas lagi penjelajahan yang masih belum diterokai
Tegakanlah islam dalam hati, agar tidak mudah dikecundang akan tusukan bertumbi-tumbi
No comments:
Post a Comment