Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Monday, 27 July 2009

hassatut tabashshur

apabila perkataan 'kan' disebut..
apa yang selalunya kita bayang dalam pemikiran..?

mungkin dari segi rawaknya, akan ada yang wat lawak, 'kan' ni selalunya kita sebut dalam daily life kita, bila nak memberi penekanan tentang suatu benda yang kita hendak cakap..

contoh..(ni tipu je tau)
1.'xxx, ni awak punya kan, kan.. ?'

kalau kita tengok into deeper context (kut),
kalau dilihat dari perspektif jepun, perkataan 'kan' itu sendiri ada 3 maksud..

1. sensitiviti dan perasaan

2. intuition obtain dari pengalaman (dari segi bahasa: org yg mkn garam lebih)

3. satu pandangan atau pengetahuan yang dapat direalisasikan dengan bersungguh

dan kalau lihat balik pada tajuk post ni, maksud yang ketiga itulah yang dimaksudkan dengan hassatut tabashsur.. *
"kemampuan memandang jauh ke depan"

mengikut kata seorang penulis jepun, Foku Jiro,
"the best decision made is based on how well is our knowledge and information on the things related to the decision that we're going to made.."

so, from Fuko, the best way untuk kita mampu untuk 'memandang jauh ke hadapan' adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh meralisasikan apa yang telah kita fikirkan dalam minda kita, dan yakin atas apa yang kita lakukan..

dan most importantly, never stop from being a person who learn and seek knowledge..

bak kata lain, dari segi perspektif islam yang kita (sy yakin) amat yakini..
dalam munthalaq itu sendiri, menegaskan dalam bab 2:
ia hanyalah gerhana, dan bukannya tenggelamnya mentari..

jika tertanya pada sendiri..
"is it really worth it for me to put a whole lot of effort in studying.."
well, think again..

look across, beyond our eyes mere sight..

mengapa rasulullah s.a.w. itu pertama2 sekali 'diseru' dengan kalimah
'iqra' : bacalah..

mungkin ia nampak seperti 'biasa' jer.. tapi, ada maksud tersembunyi di sebaliknya..

boleh je sebenarnya Allah S.W.T terus bagi rasulullah kebolehan membaca saat di mana sudah tiba masanya untuk rasulullah diangkat menjadi seorang nabi, rasul..
tapi, kenapa Allah tak jadikan rasulullah s.a.w. mcm tu kan..?

its a sign that sebenarnya, Allah Taála mahu rasulullah berusaha belajar untuk membaca, despite berulang kali rasulullah menjawab pada suruhan jibril (atas perintah Allah), baginda tidak reti membaca..

banyak je kalau tgk seerah, di mana ilmu itu suatu yang Allah pentingkan..
klu tengok pada hadis2 dari rasulullah s.a.w...
ada je kemuliaan yang Allah akan beri pada hamba2Nya yang menuntut ilmu..
dan dalam majlis ilmu itu sendiri ada keberkahan dariNya..

ok, back to the main tittle,
hassatut tabashshur..
dalam setiap perkara yang dilakukan,
ada kalanya kita akan jatuh tersungkur, dek tersadung dahan di jalanan..
tapi, adakah kita akan membiarkan diri di situ sahaja.. tanpa usaha untuk bangkit kembali..?

teringat pada 'kisah' di mana,
seorang itu di tempat A, hendak ke tempat B..
dan ada lubang di hadapan..
kali pertama ia jalan di sana, ia tersadung di lubang itu.. dan luka
kali kedua.. ia jalan ke B, masih terlupa adanya lubang di situ, dan tersadung juga di sana dan luka buat kali kedua..
jadi buat kali ke3, ia ikut jalan lain ke B, malangnya, ia masih luka, kerana tersadung kat lubang lain pada jalan lain itu..
jadi, persoalannya,
orang ni buta ke memang nasib orang ini memang malang ..


pertanyaan buat diri..
apabila terjatuh buat kali pertama, adakah kita ambil pengajaran straight away?
mungkin dirasakan, ia hanya akan berlaku 1 time only.. tapi kita lupa..
everything happen for a reason..
ada benda yang sebenarnya Allah nak kita belajar..
selagi diri tak memperoleh apa yang Allah nak sampaikan pada kita.. selagi itu, kita akan sentiasa terjatuh..
despite sudah banyak kali kita tukar cara kita, tukar cara kita nak atasi masalah kita..
kita masih tersungkur, masih terjatuh dalam perjalanan harian kita..
mungkin, sebenarnya, kita tidak memperoleh lagi apa sebenarnya yang Allah nak kita belajar..

jadi, sebenarnya, apa yang Allah nak kita belajar..?

allahuálam..
ia berbeza mengikut individu..
-mungkin Allah nak kita put back our reliance on Him alone..
-mungkin juga Allah nak kita tidak riya' dengan ni'mat yang Dia anugerahkan pada diri..
-mungkin Allah nak uji, sejauh mana diri ini yakin dan redha dengan ketentuanNya..
-sejauh mana diri ini bersungguh dalam kerja yang dibawa..
-adakah diri telah terlalu banyak menggunakan ni'mat pemberianNya pada benda2 yang tak berfaedah..
-mungkin diri ini tidak mahu meluangkan masa untuk memberi bantuan saat diminta pertolongan dari mereka yang memerlukan
-ikhlaskah diri dalam solat yang dilakukan @ ia hanya sekadar gerak mekanikal badan
-adakah kesibukkan dengan kerja dunia, menyebabkan diri ini kurang tumpuan padaNya..
-dll..

ianya smua adalah satu peringatan buat diri yang menulis..
kerana dalam 'havoc' cuti winter baru2 ini (yang telah berakhir pun)
mungkin sedikit sebanyak diri lalai padaNya..
and takut2, dengan mulanya semester baru, kesibukkan di uni akan menambahkan lagi alasan..
apabila sesuatu itu tetah menjadi kebiasaan, ia tidak lagi akan terasa di hati di saat suatu kesilapan itu dilakukan..

-please remind me always-

______________________________
* taken from
'Al-Iman Waiqazhu Al-Quwaa Al-Khafiyah'
-Iman membangkitkan kekuatan terpendam-
by Taufiq Yusuf al-Wa'iy
______________________________
p/s: x der specific isi nk disampaikan pun.. and not really related pada tittle post. maaf

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors