Dulu, bila sang matahari mula melihatkan sinarnya di keheningan pagi,
Diri ini memikir, adakah aku terlambat ke sekolah lagi?
Tidak kurang pula bila tiba musim cuti,
Apakah rancangan menarik yang akan dipaparkan di tv hari ini?
Arghh! Diriku terlalu dihanyut arus 'kemodenan' ini,
Siang hari keluar sehingga cahaya ditelan menggelapkan segenap bumi,
Tidak pernah kesah dengan keadaan hidup di luar penjuru pintu negeri,
Cukuplah sekadar diri ini bahagia, gembira dan kononya dirahmati,
Kini, ku sedar, semuanya berpunca dari ghazwatul fikri,
Keindahan berada di sebelah sana, mengaburi mata hati,
Biarpun jauh di suduh hati,
ku tahu islamku hanya ku pakai pada tanda nama gelaran insani,
Namun, tidak ku sangka diriku sudah tersasar jauh dari jalan menuju Ilahi,
Berpijakku di bumi Australasia yang kononnya 'gah' pada mereka yang menanti,
Disangka kan membawa pulang segulung ijazah bila tiba masanya nanti,
Menjadi belia tunggak harapan negara dengan profession yang sedang hangat seperti ahli genetic, jurutera dan akauntan di mata dunia,
Namun, yang ku dapati jauh lebih baik lagi;
Jika kaum Ansar membawa pulang rasulullah ketika yang lain membawa pulang harta rampasan perang kembali,
Diriku dibawa kepada pengenalan ma'rifatullah dan kesyumulan islam yang selama ini tidak dipeduli
Sesungguhnya ini adalah salah satu rahmat yang
tidak terhingga pada diri yang kerdil hina ini,
Biarpun ada pelbagai jalan yang terbentang di hadapan dua mataku,
Ditakdirkan telah ku pilih jalan ini,sehingga saat ini,
meskipun ku sedar ia tidak akan pernah lekang
dari tusukan duri, dari setiap penjuru inci,
Biarpun diriku berjanji berkali-kali pada Ilahi,
Namun, masih terlekat sisa-sisa jahilliyah pada diri,
Yang sedang ku cuba untuk perangi setiap hari,
Semoga diri ini tidak lari dari jalan ini,
Doakan supaya kitakan bertemu bersama di taman firdausi, di pengakhiran nanti,
Bertemu Ya Rabb bersama kekasihNya impian hati
KeredhaanNya senantiasa kan cuba diperolehi
Bersama bersatu memperbaiki diri dan segenap insani
Tidak leka pada ijazah, wasilah bagi
mendukung Risalah di zaman ini.

_______________________________________________
Semoga kita semua thabat di jalan yg satu ini.

1 comment:
menginfaqkan diri di perjuangan ini...sungguh!!!...tiada masa untuk rehat kecuali untuk muhasabah diri...
kerehatan adalah kelalaian seorang pembawa agama Allah...
ayuh sahabat2...kita terus mujahadah dalam langkah ini...
Post a Comment