Maaf kan aku sahabat andai tanpa sedar aku juga pernah menyakiti kalian. maafkan aku juga kerana aku sendiri mungkin tak mampu nak kawal perbualan kita. masa kita tgh seronok bersembang mmg xperasan pun syaitan telah menguasai perbualan kita.Mungkin tanpa aku atau kita sedar ada juga sahabat kita yang terasa hati. MAAFKAN AKU SAHABAT…
Harapan ku moga lain kali kita berhati2 dalam berkata-kata ye . Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami ya Allah.
~ minta maaf ye semua..moga Allah permudahkan segala urusan ~
p/s buat diri sendiri (yg slalu lupa ni) :
- bersabarlah wahai hati. Mana sikap lapang dadamu?? Belajar bukan sekadar utk tahu tp utk amalkan. “berlapang dada lah wahai diriku”
- berhati2 lah dlm berkata2 krn tanpa kau sedar perkataan mu mungkin menyakiti hati sahabatmu.
- Maafkanlah sahabat mu dan doakan kebaikan buatnya. Ingat semula jasa2nya pada mu. sesungguhnya dia telah Allah jadikan sbg penolong mu .
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain”