Pernah didengari cerita kisah sahabat dimana apabila ada yang memberi hadiah kepada kita, hendaklah kita terima as hadiah itu bukan sedekah, tapi ikhlas diberi kepada penerima..sesiapa yg tau the exact story boleh kongsikan..
-------
POSTO...POSTO!! Bungkusan untuk ...anda..?
Hari pertama::
“tuk tuk!..buka lah pintu ni. Bukaklah pintu ni.
Hari kedua::
“ting tong! Ting tong! Assalmykm.. x nak jemput yang diluar ni masuk ke dalam ke?”
hari ketiga::
“kring kring…kring kring.. hello, tuan rumah, sila la bukak pintu rumah awk ni.. dah berabad lamanya den kat luar ni..”
Hari ke 365::
“tuan rumah, awak x nak bukak ke pintu awak ni, lepas ni, saya dah x nak datang dah.. kasi chan ni.. huhu, x pe la kalu awk x nak trime kehadiran saya..
{ apakah perasaan anda mendengar dialog2 di atas yang tiada hujung pangkal ceritanya?? (jawapan, "saya rasa bagus" tidak diterima ^_^) mungkin akan ada berfikiran/ berkata:
- ada orang tak kat rumah tu ( or)
- betul ke alamat rumah dia pergi ( or)
- invisible ke tetamu tu, sampai tuan rumah x nampak ( or)
- eh, macam kenal je incident ni, pernah jadi kat aku ni.. (or)
- x der keje betul tetamu tu, kenapa x give-up awal2, balik je terus lepas 2/3 hari tuan rumah x nak bukak pintu (or)
- suspicious…hmm ( or)
- dll
- penulis post ni sah x de keje..dialog nak dkt same, jalan cerita entah ke mana..
Apabila kata-kata tersebut diluahkan..bermakna sudah ada kesedaran dalam diri. beerti, pintu hatinya telah diketuk Ilahi, berulang-ulang kali. keengganan untuk membuka jendela hatinya jelas nyata kesalahan berpunca daripada empunya sendiri.
Pernahkah perkara seumpama dengan itu berlaku pada diri kita. Ingat kembali, kenangi kembali.. Bukan untuk mengeluh pada nasib yang melanda diri, (buruk atau elok), tetapi untuk reflect kembali, muhasabah diri.
Barangkali pernah terlintas di dalam hati kita, di saat masih berulang alik duduk di bangku sekolah dan di sofa rumah:
1. tak elok la aku wat camni
2. eh, sempat ke aku nak solat ni, movie ni lambat lagi nak habis
3. hm..aku tutup2 ni sebab malu kawan2 aku smua pakai..tapi sampai biler...
4. x sedap hati la duk kuar ngan diorg(opposite gender) ni, tapi klu nk jadi cool..kena wat "cmni cmni..etc"
etc...
Recall that He provide us with choices..essentially which will lead to either the path of truth or the path of doom.. Paradise or Hell-fire.
Setiap perkara yang terlintas di hati kita menyuruh kita melakukan kebaikan, menandakan, Allah sedang mengilhamkan kita ke jalan yang benar,yang lurus. Ibarat sebuah hadiah berisi hidayah Allah, yang dikirim ke sebuah rumah kediaman. Hadiah itu jelas diletakkan di depan pintu rumah, ditulis di atasnya nama penuh empunya, menandakannya ia bukan milik orang lain.. Amat mudah jika si pemilik hadiah itu yang juga merupakan tuan rumah itu membuka pintu rumahnya, dan mengambil masuk hadiah itu. Jikapun dia malu untuk mengambil hadiah tersebut di khalayak ramai, ambil la dengan senyap2.. Namun, manusia, walaupun beratus kali Allah mengirimkan hadiah berisi hidayahNya ke depan pintu rumah mereka, masih ada yang enggan untuk menerima, membuka bungkusan yang membaluti hidayahNya..alangkah ruginya jika kita juga sedemikian..
"susah aku nak berubah sepenuhnya.. aku x dapat nak turn 180 degrees straight away.. from M to W "
tidak dinafikan, sukar untuk berubah dari menjadi (perumpaan je ni) sebuah huruf M yang stabil,selesa, kepada huruf W, yang tidak sebest M (kalau x faham, sila abaikan contoh ni) padahal menjadi huruf W banyak kelebihannya... Berubah secara berperingkat-peringkat..ikut tahap kemampuan..tapi jangan pula jadikan alasan ini untuk lambat berubah, sedangkan diri kita mampu..
"Dan jika Tuhan-mu Menghendaki, tentulah beriman semua orang di muka bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu hendak memaksa manusia agar mereka menjadi benar-benar beriman" (Yunus:99)
ingat Allah boleh sahaja jadikan semua manusia kat bumi ni beriman seluruhnya. tetapi, seperti kita tahu, Allah ingin menguji di antara jutaan makhluk2nya, berapa ramai yang ingin tunduk, patuh pada perintahNya. namun, tidak dibiarkan manusia sendiri terumbang ambing tanpa petunjuk..tanpa pedoman.. al-quran diturunkan sebagai book of guidance, sebagaimana kita melihat melway nak cari jalan untuk ke tempat lain..begitu jugalah sepatutnya Al-Quran digunakan, dirujuk dalam segala aspek kehidupan harian kita. Macam-macam cerita, kisah, pengajaran telah digambarkan dalam AQ, tetapi, masih ramai yang buat endah x endah sahaja pada pengajaran di sebalik cerita-cerita itu.
Berbalik kepada 'content' asal.. in summary, apabila Allah mengetuk pintu anda sekali, bukalah dengan seluas-luasnya menerima bungkusan hadiah darinya, keluarkan hidayah dari dalamnya, gunakanlah ia untuk berubah ke jalanNya. Siapa tahu bila lagi akan Allah mengetuk pintu hatimu..barangkali, hidayah itu akan lari, merajuk membawa diri apabila berkali2 dia hadir kepadamu, dia diusir pergi.. Mohonlah pada Ilahi, agar sentiasa mengetuk pintu hati kita, menyiramkan petunjuknya sentiasa.. Janganlah menjadi seperti yang digambarkan oleh Allah dalam (Luqman : 7)
"dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling menyombong diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih"
Jangan menyesal di kelak hari..kerana tangguh untuk berubah.. contoh, tulang belakang tu dah bongkok tiga baru nak kenal apa itu solat(??naudzubillah).. Janganlah kita tangguh untuk melakukan sesuatu yang baik..kerana mana tau, x sempat nak laksanakan.
Contoh lain,
1)kita bercadang nak berubah dari menjadi seorang anak yang 'kuang ajaq' kepada anak yang soleh(solehah) bila dah graduate nanti.. adakah dapat kita jamin kita sempat graduate sebelum tubuh diselubungi tanah dan batu dalam bumi.. adakah kita pasti, parents kita masih ada pada waktu kita bercadang nak berubah nnt?
2) kalau sebelum ni suke pakai pakaian yang 'wow' (memperagakan diri/menampakkan apa yang tidak sepatutnya)...bercadang nak ubah cara pemakaian mengikut islam semua lepas habis 3rd year nanti.. sempat ke??
Masih belum merasakan Allah pernah mengetuk pintu hatimu? Sesungguhnya pada saat anda membaca post ini (insyaAllah) Allah telah memberi bungkusan hadiah buatmu..kerna peringatan yang diterima, merupakan hadiah juga dariNya.. persiapkanlah diri, berubah demi cinta hakiki yakni cinta Ilahi.. }
---
Bestnya dapat hadiah..nak2!!
No comments:
Post a Comment