Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Wednesday, 14 February 2007

Kisah si Ulat bulu meletup dalam microwave

ada 2 ekor ulat bulu
gemuk2, comel2
Dua2nya hidup kat pokok yang terletaknya di dalam dapur satu rumah, milik seorang yang tidak pernah masak.
Kehidupan harian kedua ulatbulu itu adalah memakan daunan2 sambil menyiapkan kepompongnya untuk mereka tidur nanti..
Pada suatu hari, tuan rumah itu mendapat itizam untuk memasak..
Lantas, tuan rumah itu masak ayam,ikan,daging dan segala macam masakan..biasalah,1st timer sumua nak cuba..
Keharuman masakan-masakan tersebut menarik perhatian kedua-dua ulat bulu. Salah seekor daripadanya bertekad untuk merasai makanan yang terhidang di atas meja tu. Yang lagi seekor, teringin juga, tapi di kuatkan pendirian untuk tetap di atas daun yang sedang ia bersantai sekarang ini..
Ulat bulu obese itu pun mengesot(?) ke arah pinggan2 yang berisi makanan yane best2
Pabila dia menikmati keenakkan daging merah putih dsbg, dia terasa best, bagaikan berada di alam fantasi..
itulah ulat bulu obese..hari demi hari berlalu..
makin banyak daging dan lemak dijamahnya.. makin tinggi kandungan kolestrol dalam badannya.. (yo2 je)
Yang setia hidup di atas pokok, semakin lawa bersinar badannya..sampai hari tiba untuk dia tidur di kepompongnya..Sudah penat dia memanggil si ulat bulu obese untuk kembali ke kepompong mereka, untuk menjadi rama2, namun tidak dihiraukan oleh si ulat bulu obese..
..
..
..
Pada hari ini, seekor rama-rama telah keluar..Corak di sayapnya, warna yang menawan..menambah seri pada rupanya.. Ulat bulu itu sudah menjadi rama-rama seperti yang diinginkannya dan seperti tujuan diciptakannya..
Dia melihat kepada ulat bulu yang karnivorous itu..
Badannya sudah tidak tegang lagi..barangkali bendalir2 di dalam badannya sudah hilang vitamin2 yang penting..Dia memanggil kepada kawan lamanya,
"hi ulat bulu, tidakkah kamu ingin menjadi rama-rama seperti ku..dapat bergerak bebas ke sana sini, menggembirakan insan2 yang berada di dunia ini"
"apalah awk ni rama-rama, tidakkah engkau tahu bestnya makan daging lembu, kambing, ayam dll.. nak jadi rama-rama tu bila2 pun boleh.."
"ske hati awk la ulat bulu..tapi mana tau esok lusa bukan lagi untukmu..dah terhantuk baru terngadah"
tidak dihiraukan kata-kata si rama-rama..
Pada tengah hari itu, si ulat bulu tertidur di sebalik pinggan yang berisi kari ayam. Dia melekat pada bahagian tepi bawah pinggan itu..
Tetiba bila si ulat bulu terbangun, dia merasa panas..dapat dirasakan, badannya menjadi tegang..dan pabila dia melihat sekeliling, dilihatnya dia sedang berpusing-pusing ala-ala dalam marry-go-round gitu.. Mungkin ini perubahan yang akan dialami untuk menjadi rama-rama..
desis hati si ulat bulu..
Dia pun menunggu dengan senyuman di wajahnya, memikirkan yang si rama-rama tidak dapat makan best2 macam dia, sedangkan dia juga akan bertukar menjadi rama-rama..
Semakin lama terasa badannya semakin kembang..semakin lebar senyuman si ulat bulu..
5
4
3
2
1
tuuuut.
kedebooomm...
terpercik segala isi bendalir si ulat bulu ke serata tempat...
Rupa2nya, tuan rumah sedang memanaskan kari ayam dalam micorwave..apakah nasib si ulat bulu, tidak tersangka akan pergi dalam keadaan bukan sahaja tidak menjadi rama-rama, malah meletup dalam keadaan terhina tanpa disedarinya...

---------------------------------------------------------------------------------
yang ingin disampaikan di sini ialah, hidup kat dunia nie banyak tarikan-tarikan yang membawa kita jauh dari tujuan sebenar kita diciptakan kat atas muka bumi ini..mampukah kita menjadi ulat bulu yang menjadi rama-rama, atau kita seperti ulat bulu yang telah mutated itu.. fikirkanlah..
______________________________________________________________
Kisah ini tidak berkait dengan mana-mana ulat bulu ciptaan Ilahi..rekaan semata-mata untuk dijadikan cerita yang mungkin boleh memberi pengajaran di sebaliknya..

3 comments:

Anonymous said...

Halal jelah, walaupun laptop sy telah digunakan utk cite psl ulat bulu..eee..geli je part dia meletup..uweeekkk..good msg tho

h_v said...

hihi..maaf2..sbb dier mmg terpaksa meletup dlm citer ni

h_v said...

btw, jazakillah cik sufia

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors