Ya Allah.. tetapkan hati-hati kami teguh di jalan yang benar.. jalan yang Engkau redhai.. Tabahkanlah hati-hati ini tatkala diuji dengan mehnah tanpa hati.. Agar hati-hati ini tidak tersingkir dalam penapisan yang dilaksanakan.. kan tiba di pengakhiran yang menjadi impian hati.. bertemuMu bersama di taman syurga Firdausi

Friday, 5 January 2007

Kewajipan Berda'wah di Jalan Allah

salaam..

since we all know 'ilm or knowledge should be shared with everyone
and since none of our qc members were able to attend the tamrin program held
back in m'sia..i'll just give a quick brief on 1 of the several talk given..(sebab saya pn pegi sehari je =D)

Dalam, slot ni, tajuk yg dibentangkan adalah "kewajiban berda'wah di Jalan Allah"
It may seems like a heavy topic, but i guess there's a good reason why they choose to present it to us.
-------------------------
Secara umumnya, sebut sahaja Da'wah, terdapat 4 perkara yang berkait rapat.
Yang pertama adalah Dai'e (which most of us if not all know means penda'wah).
Yang kedua adalah Mad'u. Of course when there's Dai'e there have ti be mad'u. Jika tidak,
kepada siapa kita hendak berda'wah? Tidak mungkin kita hendak berdakwah kepada diri sendiri sahaja.
Kemudia yang ketiga dan keempat adalah Mauduk da'wah dan Uslub da'wah..
Tentulah sekiranya kita hendak berda'wah, perlu Mauduk(tajuk). Jika tidak, apa topik yang hendak kita sampaikan kepada Mad'u. (x kn nk melolong je depan dier ^o^ ),
dan erti uslub itu adalah istifaham di dalam al-quran. Ini adalah penting bagi seorang dai'e untuk memahami al-quran. Sekiranya dai'e itu sendiri masih terumbang-ambing memahami al-quran, bagaimana dia hendak meyakinkan orang dengan memberi bukti dalil dan hadis.
-----------------------
next:tujuan da'wah
Secara keseluruhannya, objektif kita adalah untuk memastikan din islam dalam masyarakat berterusan,yakni islam itu tertegak kembali di muka bumi.

Kata2 dari Syeikh Mohd Alwakil "Tajmik(himpun) manusia di atas kebaikan & tasyid(pandu,pimpin) mereka ke arah kebenaran".

& dari Syeikh Fathi Yakan:" da'wah is meruntuh & membina"
kenapa meruntuh dan kenapa membina? agak memeningkan di sini.
2 perkataan yang bertentangan, namun Syeikh Fathiyakan mendefinisikan da'wah dengan perkataan-perkataan tersebut di dalam satu ayat.
Meruntuh yangg dimaksudkan itu ialah meruntuhkan jahiliyah dengan segala bentuknya. (jahiliyah is anything yg unislamic behavior atau activity..etc)
Membina pula membawa maksud membina masyarakat islam dengan faedah islam yang total.

Jesteru itu,apabila kita sentuh topik da'wah, seharusnya ada proses inqilab(perubahan)..
dari yang buruk kepada yang baik
--------------------
Sebab kedua: da'wah adalah tuntutan syarak.. [look up for (at-taubah :71)(al-imran:110,104)(al-maidah(78-79)]

dan da'wah adalah keperluan manusia.

Ada beberapa sebab mengapa da'wah itu penting di dalam masyarakat.
Salah satu daripadanya ialah sebagai jalan penyelamat kepada manusia.
Imam syafie pernah berkata, dengan berpegang kepada surah al-asr sudah cukup kerana maksud yg disampaikan dlm surah al-asr itu melambangkan perlembagaan manusia = {iman,dakwah,sabar}
----------------------
penceramah ada juga memberi beberapa contoh ayat-ayat al-quran di mana orang ramai menyalahertikan maksud ayat tersebut dan menjadikan ia sebagai alasan mengapa mereka tidak mahu memikul tanggungjawab da'wah itu.

Adakah anda bersedia menjadi seorang da'ie?
Lihatla kepada senarai di bawah. Jika anda termasuk di dalam golongan tersebut, alhamdulillah, teruskan usaha shahadatul haq anda.
#kehendak yg kuat
#kesetiaan (wafak) yg jitu
#pengorbanan yg mulia
#memahami prinsip dan meyakininya
#Hubungan yg mantap dgn Allah
#ikhlas
#qudwah
#ilmu- ttg islam,mad'u,da'wah,seni (different way of approaching diff people),wasilah,realiti dunia islam, dan tentang perkara2 jurusan kita sekarang seperti doktor, akauntan dsbg..
#hilm (lembut)
#bergaul dgn manusia
#matang,terbuka,menjaga penampilan diri,simple(tidak skema ek), self-esteem,suka menolong..

Setakat ini sahaja,
in short, it is not easy to be in this group of da'ie.
whether we like it or not, we have to uphold this responsibilty thrown upon us all
Sekiranya ada yang saya tersalah tulis, bagi tau la ye..akan saya perbaikinya.

(alamak, nk cite x ingt plak name ustaz yg bg ceramah tu..maaf ye..ustaz..halalkan..)

::peace::

No comments:

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman. (Riwayat al-Bukhari).

Whats ur Mood Today?

Whats ur Mood Today?
Ingatlah Allah, hati kan tenang

Visitors